Siapa je yang tak kenal dengan grup wanita paling popular di Korea Selatan, Girl’s Generation.

Dianggotai 8 orang ahli, Taeyeon, Tiffany, Yoona, Sunny, Yuri, Sooyoung, Yoona, Hyoyeon dan Seohyun mesti anda sangkakan bahawa mereka mempunyai hubungan yang rapat seperti keluarga.

Tak Sangka! Ahli Girl’s Generation Hyoyeon Dedah Rasa ‘Awkward’ Dengan Taeyeon?

IKLAN

Namun begitu, pasti anda terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Hyoyeon yang mengakui bahawa dia berasa ‘awkward’ dengan ketua grup, Taeyeon.

“Tiada ahli yang saya tak suka atau tak rapat cuma saya ada seorang ahli yang berasa sangat janggal iaitu Taeyeon.

“Mengapa Taeyeon? Sebab sikap kami yang berbeza.

“Saya seorang yang suka bersama rakan-rakan, keluar bergembira manakala Taeyeon suka duduk di rumah.

“Jadi, perbualan kami memang agak janggal,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan radio ‘Eh-Heh Radio’.

Dalam pada itu, Hyoyeon turut menyenaraikan individu yang menjadi pilihannya untuk sesuatu aktiviti.

IKLAN

“Saya suka pergi minum dengan Yuri tapi kalau wine, Yoona adalah pilihan saya.

“Kalau untuk bercuti, saya pilih Sunny sebab dia mempunyai personaliti yang best,” katanya lagi.

Sementara itu, Hyoyeon turut menjawab persoalan mengenai hubungan cinta ahli kumpulan Girl’s Generation.

Tak Sangka! Ahli Girl’s Generation Hyoyeon Dedah Rasa ‘Awkward’ Dengan Taeyeon?

IKLAN

“Itu semua adalah masa lalu, tapi kami sudah aktif dalam industri sejak 10 tahun lalu jadi…”katanya lagi.

Setakat ini, satu-satunya ahli yang mempunyai pasangan adalah Sooyoung.

Sumber: Allkpop

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI