Usahawan sensasi, Liana Rosli menggesa orang ramai agar tidak membuat andaian sendiri susulan keputusannya anaknya, Nabila Razlan yang memilih untuk berhenti meskipun baru sahaja diterima bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka antarabangsa.
Menurut Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, dia sanggup membayar penalti dalam jumlah yang sangat besar kerana tidak sanggup melihat anaknya itu dilayan dengan cara yang kasar.
“Ramai yang buat andaian sendiri seperti Nabila itu anak mereka. Ibunya hidup lagi. Kita memang bayar penalti sebab saya tak nak anak saya kerja di syarikat tersebut
“Saya tiada masalah nak bayar. Saya hanya nak anak saya semula. Saya bukan besarkan anak-anak untuk mereka suka-suka nak marah. Saya sendiri tak pernah marah anak-anak.
“Kenapa bila bekerja awak nak kena marah-marah anak saya pula? Anda salah orang. Anda tak kenal itu anak siapa lagi. Mungkin orang di sana tak kenal anak saya.
“Tapi tak mengapa. Biarlah saya rugi sikit. Yang penting anak saya kembali semula,” katanya kepada MH.
Anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran outlet Kopi Saigon terbaharu di MyTown, Cheras pada Rabu.
Ads
Pada masa sama, Kak KM turut menafikan dakwaan yang mengatakan anaknya itu terpaksa pulang ke Malaysia kerana gagal dalam sesi temu duga.
“Kalau betul anak saya gagal temu duga, dia tidak akan diberi tiket untuk ke Singapura, tempat penginapan serta makan dan minum.
“Jika tidak dipilih, namanya akan terus ditolak ketika sesi temu duga di Kuala Lumpur dan saya tidak perlu membayar bon,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, anak-anak muda ini tidak sepatutnya dilayan secara kasar meskipun mereka merupakan pekerja baharu.
Ads
“Anak saya boleh bekerja dengan orang tapi mestilah dengan cara yang betul. Bukan mereka ini dilayan seperti budak-budak. Anak saya sudah 22 tahun.
“Kalau nak marah sekali pun, cakaplah elok-elok. Kita manusia. Naik satu jerawat pun dah memekak. Dah kenapa?
“Jika anak saya bekerja lagi selepas ini, saya tetap akan pantau juga. Kalau ada orang yang membuli, lebih baik berhenti. Anak saya bukan untuk diperlekehkan,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Kak KM turut memaklumkan isu ini sedikit sebanyak mengganggu mental anaknya.
“Anak saya tidaklah sekuat seperti mana orang melihat saya. Bila anak-anak dikecam, perasaan mereka juga sama seperti orang lain. Mereka juga boleh rasa stress dan tertekan.
“Saya selalu nasihatkan dia supaya banyak bersabar. Mulut orang kita tak boleh nak tutup.
“Mereka bengang bila anak saya dapat kerja itu. Ada yang kata dia layak ke? Dia baru sekali datang ke temu duga, terus diterima. Itu rezeki dia.
“Tak mengapalah, isu viral ini tidak akan lama. Seminggu dua akan habis juga nanti,” akhirinya.
Sebelum ini, Kak KM akui berat hati untuk melepaskan anaknya bekerja sebagai seorang pramugari sebelum memberi kebenaran. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, atas nasihatnya juga, Nabila memutuskan berhenti dan pulang ke tanah air.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal Indonesia, Nadin Amizah, 24, selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya, Faishal Tanjung dalam satu majlis penuh sederhana tetapi sarat dengan elemen klasik di Lembang, Bandung, semalam.
Majlis akad nikah yang berlangsung di Imah Seniman itu dihadiri keluarga terdekat dan rakan rapat pasangan berkenaan.
Dengan berlatar dekorasi bunga berona pastel dan suasana luar ruang yang nyaman, majlis tersebut menyerlahkan konsep perkahwinan ‘intimate’ yang menjadi pilihan Nadin dan pasangannya.
Tampil anggun dalam persalinan kebaya putih berhias renda halus dan kain songket kuning emas, penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu bernuansa puitis itu melengkapkan gaya dengan veil labuh bersama karangan bunga melati.
Solekan lembut bernada ‘coral pink’ yang tidal terlalu tebal dan rambut yang disanggul rendah menjadi stail pilihan pemilik suara lunak ini.
Faishal pula tidak kurang penampilannya, beliau kelihatan tampan mengenakan sut putih dipadankan dengan kain songket senada sebagai sampin lengkap dengan kalung bunga melati sebagai simbol tradisi.
Pasangan itu dinikahkan dengan mas kahwin berupa emas seberat 28.4 gram dan wang tunai berjumlah Rp8,082,025 yang membawa maksud simbolik kepada tarikh pernikahan mereka, 8 Ogos 2025.
Sebelum hari bahagia itu, pasangan ini telah mengadakan majlis pertunangan pada 27 Jun lalu serta pengajian pada 3 Ogos, yang diadakan dalam suasana penuh keinsafan dan doa restu.
Difahamkan, Nadin dan Faishal telah menjalin hubungan selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Untuk pengetahuan pembaca Faishal merupakan seorang pemuzik dan juga ahli perniagaan. Beliau merupakan adik kepada pelakon terkenal Indonesia, Sheila Dara dan adik ipar kepada komposer dan penyanyi, Vidi Aldiano.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Anna Jobling kerana telah diumumkan tercalon sebagai Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 yang bakal berlangsung pada 2 Oktober 2025 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.
Anna membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi lakonan memukau dalam drama Hai Cinta, Dengarkanlah, menerusi slot Akasia di TV3.
SDA merupakan salah satu anugerah drama antarabangsa paling berprestij yang menghimpunkan bakat-bakat dari seluruh Asia.
Anna bakal bersaing dengan bintang ternama dari Jepun, China, Thailand, Filipina dan beberapa negara Asia lain.
Sistem pemilihan pemenang ditentukan menerusi undian global oleh peminat seluruh dunia melalui aplikasi IDOL CHAMP, menjadikan setiap pencalonan begitu kompetitif.
Tahun lalu, Malaysia turut mencatat kejayaan apabila Siti Saleha merangkul kategori sama, sekali gus menandakan prestasi seni tanah air semakin diiktiraf di peringkat serantau.
“Saya benar-benar terkejut dan terharu dengan pencalonan ini. Ia merupakan satu penghormatan besar bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk seluruh pasukan produksi Hai Cinta, Dengarkanlah.
“Sokongan daripada keluarga, rakan-rakan sepasukan, dan para peminat sentiasa menjadi sumber inspirasi saya.
“Saya berharap dapat membawa pulang kemenangan ini untuk Malaysia dan berterima kasih serta teruja dengan pencalonan ini.
“Ia bukan sahaja satu penghargaan untuk saya secara peribadi, tetapi juga satu kebanggaan buat Malaysia dan TV3 yang sentiasa menyokong karya seni tempatan.
“Saya akan lakukan yang terbaik untuk membawa nama Malaysia lebih tinggi di pentas antarabangsa,” katanya.
Sebelum ini, drama bersiri 28 episod itu menyajikan kisah penuh liku kehidupan dan percintaan yang tidak dijangka.
Anna menggalas watak Cahaya, seorang wanita yang dikejutkan dengan berita kematian suaminya, Firdaus (Nazrief Nazri), pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Ketika Cahaya sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, kebahagiaan yang diharapkan bertukar tragedi dalam sekelip mata.
Lakonan penuh emosi Anna berjaya mencuri perhatian penonton sekali gus membuka ruang buatnya menjejak pentas antarabangsa.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti terkenal, Erra Fazira tidak menafikan dia memang sudah meninjau beberapa dewan acara, namun belum membuat sebarang tempahan untuk apa-apa majlis.
Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, kunjungan ke lokasi tersebut juga hanyalah atas ajakan kenalan yang ingin menunjukkan kepadanya mengenai keistimewaan premis perniagaan mereka.
“Tidak dapat dinafikan ada desas-desus (kahwin), jadi kita sajalah tinjau tempat (dan) kawan-kawan pun bagi cadangan lokasi menarik.
“Mereka pun tahu kita dalam fasa berkawan yang membuatkan orang syorkan tempat (kenduri).
“Kami okey, ‘take note’ tapi macam saya katakan, langkah seterusnya masih lagi memerlukan doa semua.
“Kami tak ‘locked’ pun dewan. Nak kata dekat tarikh (nikah) belum lagi, saya susah nak cakap. Benda ini (kahwin) serius. Kalau ye, famili tahu dah,” katanya.
Masih berteka-teki mengenai spekulasi bakal ke gerbang perkahwinan dengan usahawan Ezwan Zain, 44, Primadona Filem Melayu Alaf Baru itu tidak menafikan banyak pihak ada menghubunginya untuk menaja perkahwinan mereka.
“Apabila timbul khabar bakal berkahwin, banyak pihak ‘approach’ nak masuk (taja), tanya macam-macam.
“Kita terbuka, kalau nak kita dengar sahaja isi kertas cadangan tapi selebihnya adalah doa ramai.
“Apa pun saya syukur dan berterima kasih kepada yang berminat nak taja. Mungkin mereka dengar kami berkawan dah ke arah itu (kahwin), waullahualam,” ujarnya lagi.
Terdahulu, ada sumber mendakwa aktres dan penyanyi terbabit bersama Ezwan atau dikenali sebagai Mr. E sudah memilih tarikh hari bahagia mereka.
Sebelum ini, Erra memaklumkan persahabatan yang semakin akrab sekitar awal tahun ini sudah diketahui keluarga apabila ibunya bertemu lelaki terbabit.
Mr. E pula mengakui mula menjalinkan hubungan serius dengan ratu cantik itu selepas berkenalan pada Ogos 2024.
Erra pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum berpisah tujuh tahun kemudian.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, kini berusia 16 tahun.
Sebelum itu, Erra juga pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun berakhir dengan perceraian tiga tahun kemudian tanpa cahaya mata.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.