Tak Sampai Seminggu Balik Bercuti Di Bali, Nabila Huda Kini Bercuti Di Terengganu Pula. Seronoknya!

Share

Baru sahaja pulang bercuti di Bali, Indonesia bersama rakan-rakan, pelakon Nabila Huda dilihat ‘mencuri’ masa bersama keluarga menikmati percutian di Terengganu.

Momen indah itu dikongsikan pengacara Muzikal Lawak Superstar itu di Instagramnya.

Memilih percutian pulau sebagai destinasi bersama keluarga, Nabila tampak ceria dan gembira sama yang tersayang.

Imbas kembali, Nabila dan Izwan bernikah pada Disember 2015 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidi Zailani pada 2008 dan bercerai pada 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila, 9 tahun.

Foto : Instagram Nabila Huda

IKLAN