Memetik laporan daripada Gempak, pelakon Syafie Naswip mengakui ikatan pertunangannya dengan Aishah Azman telah pun putus di tengah jalan.
Pelakon ini mengesahkan ikatan yang hanya bertahan tiga bulan itu bagaimanapun bukan putus disebabkan orang ketiga.
“Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini,” katanya dipetik.
Keputusan diambil atas persetujuan bersama dan menegaskan ini kali terakhir dia akan memberi kenyataan berkait isu pertunangannya yang putus di tengah jalan.
Ads
“Tidak ada orang ketiga, mahupun masalah keluarga, tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskan,” katanya mengulangi apa yang dikatakan oleh Aishah.
“Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?
“Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya.
Ads
“Ini kali pertama dan terakhir saya akan membuat kenyataan. Saya memohon maaf jika ada yang bertanya selepas ini, saya tidak akan menjawab apa-apa.
“Mereka boleh rujuk sahaja apa yang saya katakan ini daripada pihak Gempak,” tambahnya lagi.
Pelakon ini juga enggan mengulas lanjut tarikh putus pertunangan dan soal hati.
Syafie Naswip dan Aishah Azman bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019, dan dijangka mendirikan rumah tangga hujung tahun ini. Namun, jodoh itu ketentuan Allah SWT.
Foto : Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang drama Nur, Noorkhiriah atau sinonim dengan panggilan Khiriah ada memberi nasihat dan pesanan bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Pelakon berusia 40 tahun itu telah berkongsi kata petikan nasihat oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
“Nak jadi jahat, sekelip mata. Nak jadi baik, bertalu-talu ujian melanda. Sabarlah, Allah kan ada,
“Dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan.
“Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat,” petikan kata yang dikongsi Khiriah.
Kehidupan rumah tangga selepas kehadiran insan baru boleh mengubah seluruh rutin hidup.
Misalnya pelakon, Shakilla Khoriri mengakui kemunculan Ameena dalam hidup adalah satu keajaiban.
Malah, dia sendiri tidak pernah menyangka akan melalui fasa mengandung dan melahirkan anak.
“Dulu sebelum ada Ameena aku dengan Fizi suka menari. Gemar sangat! Walaupun jenis tarian level -10.
“Rasa kejap je eh dah ada Ameena. Budak ni pun dah nak masuk 4 bulan. Dalam takut2 kitaorang nak besarkan dia. Dalam percaya tak percaya aku boleh mengandung dan ada anak ke tak sebelum ni,” ulasnya.
Langit tidak selalu cerah, pertelingkahan sering kali terjadi dalam soal penjagaan anak, namun dia bersyukur semuanya dihadapi dengan terkawal.
“Semua yang ada sekarang tak terjangka. Syukur Alhamulillah setakat hari ni aku dengan fizi boleh handle bad or good situatation dalam keadaan sangat terkawal.
“Tapi tak dinafikan kadang bila ribut mendatang masing2 Ada jugaklah yang keras kepala. Gaduh perang tak pernah, merajuk banyak kali.
“Seronok sebenarnya handle anak kecil ni. Mencabar macam panjat gunung nuang,” jelasnya lagi.
Dia turut menegaskan segala yang diluahkan hanyalah sekadar perkongsian dan ambillah sisi positif dalam apa yang disampaikan.
“Penat tapi so much fun tau i tell you. Kadang untuk teruskan hidup kena selalu positive. Jangan mengata orang sebab nanti berbalik dekat kita semula. Jangan menunjuk sebab orang sekarang ramai yang gila babi tak boleh tengok orang senang.
“So ada benda yang di share kan itu sekadar perkongsian supaya kita semua boleh ambil yang positive dan tinggalkan nagative dalam alam rumah tangga.
“Setiap posting tidak lah dengan niat menunjuk atau apa. Sekadar semangat kepada semua yang terbaca atau tertengok untuk hargai pasangan masing2,” tulis pelakon drama Adam Dan Hawa.
Malah, tegasnya lagi, biarpun Allah telah menjanjikan rezeki selepas berkahwin dan mendapat anak, namun apa yang penting, usaha.
“Janji Allah, bila berkawin akan ada rezeki masing2. Dan ada juga rezeki yang datang tanpa henti bila ada anak. Cepat atau lambat.
“Tapi jangan kau kawin dok ngangkang kat rumah tak kerja tak usaha.Lepas tu kau pegang janji Allah yang rezeki lepas kawin dan lepas ada anak. Sengal otak ke?
“Maaf andai terkasar bahasa. Hargai orang tersayang. Jangan give up dalam hidup. Be positive. Bersihkan hati. Jauh sikap dengki iri hati. Support each other. Love yourself and make it all happen,” tulisnya panjang lebar.
Mengimbau kembali zaman bergelar pelajar, pelakon Nad Zainal berkongsi pengalaman manis sepanjang menimba ilmu di Aswara.
Jelasnya, berada di Aswara membuatkan di terasa seperti berada di rumah sendiri.
Walaupun ada yang menyifatkan pergaulan sesama lelaki dan wanita tidak ada batas, namun bagi pelakon hebat ini, ia adalah erti hubungan adik beradik.
“Semalam umpama walking down a memory lane.
“Sepanjang dalam kereta menuju ke Aswara, saya dan Faliq rupanya ada cerita yang sama, bagaimana kami lebih suka habiskan masa di Aswara berbanding di rumah.
“Kami tak suka ke mall.. habis kelas pun masih tak reti nak balik.. Bukan our second home, kami rasa ia lebih kepada our HOME
“Kenapa? Bila di Aswara, kami rasa begitu selamat, ada yang kata lelaki dan perempuan bergaul umpama tiada batas.
“Bagi saya.. kami umpama adik beradik.. jarang pula dengan kes pelajar wanita rasa terancam dengan mata-mata nakal pelajar lelaki.. kami bebas berbual, mereka umpama abang yang sentiasa menjaga kami tatkala ke pasar JKR, umpama bodyguard,” tulisnya.
Malah tambah Nad lagi, dia begitu merindu zaman mendalami naskah dan menghafal lirik bersama rakan kuliah.
“Bergaduh dan drama itu pasti.. tetapi, akhirnya pasti bersatu kembali, orang seni ni outspoken, jika tak suka, dia hambur depan-depan, telus.. no “konar-konar”
“Bila di dalam “rumah” ini telinga kau sentiasa dapat menangkap irama-irama indah.. bunyi gitar.. piano.. gamelan.. tak pernah sunyi.. Ibarat pesta, namun tiada yang bersondol-sondolan.. Guru dan anak murid akrab seperti rakan.. takperlu berpakaian formal, bertali leher. Namun perasaan hormat masih tinggi.. bukan lagi seperti guru.. cikgu dianggap sebagai ibu dan bapa.. Jadi.. bila pulang ke “rumah”, seperti ternampak diri yang dah lama hilang.
“Semangat yang hampir pudar.. kerana kini tiada lagi “Nadia, jom ke library kita study naskhah ni” , “Neddy, dah hafal skrip?, jom tolong aku kita dua cuba hafal sama-sama”, “Nadia, jom ke bilik wardrobe collect foundation untuk budak-budak”… Sekarang cuma ada “Nad berapa jumlah followers…” Aswara … aku rindu kau,” luahnya lagi.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.