Semestinya peminat sukan bola sepak akan gembira dengan berita kedatangan bekas pemain bola sepak pasukan Manchester United, David Beckham yang dikhabarkan akan berkunjung ke Kuala Lumpur (KL ) pada bulan September ini.

Menurut sumber daripada akaun Facebook AIA Malaysia, Beckham akan berada di KL pada 22 September bersempena program AIA Vitality Wellness Festival.

Pada perkongsian tersebut tertulis bahawa Beckam merupakan duta bagi AIA Global.

“We are excited to announce that our AIA Global Ambassador, David Beckham, will be in Kuala Lumpur this 22 September 2017!,” tulis kapsyen perkongsian tersebut.

Rata-rata netizen begitu gembira dengan berita kedatangan Beckham ini dan sudah tidak sabar untuk berjumpa dengannya.

Tak Sabar Nak Tunggu David Beckham

Tak Sabar Nak Tunggu David Beckham

IKLAN

Tak Sabar Nak Tunggu David Beckham

Selain daripada berita kejayaannya dalam dunia sukan, dia juga digilai kerana wajahnya yang kacak dan gayanya yang maskulin.

Jom lihat gambar-gambarnya yang hot.

Tak Sabar Nak Tunggu David Beckham

IKLAN

Tak Sabar Nak Tunggu David Beckham

Tak Sabar Nak Tunggu David Beckham

Sedikit info, Beckham telah dilahirkan pada 2 Mei 1975 di Hospital Universiti Whipps Cross, London, England.

IKLAN

Beckham pernah bermain untuk pasukan Manchester United, Preston North End, Real Madrid, Milan, Los Angeles Galaxy, Paris Saint-Germain, dan Pasukan kebangsaan England.

Dia merupakan pemain inggeris pertama yang memenangi kejuaraan liga di empat negara iaitu England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis.

Pada tahun 2013 ketika berusia 38 tahun, Beckham telah mengumumkan untuk bersara daripada sukan bola sepak.

Beralih kepada kehidupan peribadinya, Beckham telah berkahwin dengan penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan Spice Girl suatu ketika dahulu, Victoria Caroline Adams atau lebih dikenali dengan panggilan Victoria Beckham.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu, Brooklyn Beckham, Romeo James Beckham, Cruz Beckham dan Harper Seven Beckham.

Sumber: Facebook AIA Malaysia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI