“Tak Sabar Nak Follow!,” – Jujurlah Nikahi Aku Bakal Ditayangkan, Raja Azura Buat Comeback

Share

Baru-baru ini, pengarah Rashid Sibir ada berkongsi foto salah satu babak drama terbaru, Jujurlah Nikahi Aku yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Foto yang merakamkan jari-jemari pelakon utamanya, Uyaina Arshad yang cacat cukup menarik perhatian.

“Kerana kecacatan tangan ini Zurin terus dhina oleh ibunya sendiri. Apa dosa dia, dapatkah dia mengecapi bahagia. Jujurlah Nikahi Aku, coming soon,” tulisnya.

Sementara itu menjengah ke akaun Instagram Uyaina, hos ini ada berkongsi perincian mengenai drama rantaian tersebut.

Bakal ditayangkan menerusi slot Drama Vaganza di Astro mulai 27 Januari depan, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam, rata-rata peminat tidak sabar untuk menantikan siaran episod pertamanya.

Malah ada peminatnya dari Indonesia yang teruja untuk menontonnya.

Turut menampilan Raja Azura yang sekian lama tidak muncul dalam mana-mana drama, Jujurlah Nikahi Aku turut didukung beberapa pelakon hebat lain seperti Amar Asyraf, Zaidi Omar dan ramai lagi.

Foto: Instagram Uyaina Arshad, Rashid Sibir

IKLAN