“Tak Sabar, Legenda Kini Kembali,” – Minggu Depan Baru Lancar, Tapi MenifestaSITI2020 Dah Jadi Buah Mulut Semua Orang!

Share

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal melancarkan album terbarunya berjudul MenifestaSITI2020 pada 3 Julai 2020 nanti.

Menurut Datuk Siti atau lebih sinonim dengan panggilan Tok Ti, album tersebut adalah simbolik yang merujuk kepada idea, pemikiran dan pendirian yang ingin dizahirkan olehnya.

“ManifestaSITI2020. Idea yang diwujudkan. Pemikiran yang diperlihatkan. Perasaan yang dijelaskan.

“Pendirian yang dinyatakan. Keinginan yang dizahirkan.

“Album terbaharu @CTNurhaliza11
3 Julai 2020 #ManifestaSITI2020,” tulisnya.

Pengumuman tersebut turut disertakan dengan video teaser yang berdurasi 14 saat dan difahamkan ia sudah dimuat naik di seluruh digital platform penyanyi tersohor itu.

Sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat teruja tak tidak sabar untuk menunggu tanggal 3 Julai nanti.

Pada masa sama, mereka juga mendoakan semoga album terbaru penyanyi lagu 7 Nasihat ini akan sukses seperti album-album sebelumnya.

Untuk rekod, kali terakhir Siti menghasilkan album adalah pada tahun 2017 lalu, menerusi SimetriSiti.

Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

IKLAN