“Tak Pernah Terlintas Nak Bagi Dia Famous,” – Betty Rahmad Respon Fasal Anak, Ardy Wira

Share

Pelakon dan usahawan Betty Rahmad meluahkan rasa gembira apabila kehadiran anak sulung, Ardy Wira yang kini berusia sembilan bulan menyerikan lagi ikatan kekeluargaan.

Malah, adik bongsu kepada Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida itu tidak pernah terfikir untuk menjadikan anaknya sebagai landasan untuk menjadi popular.

“Tak pernah terlintas dalam fikiran atau ada niat “bila ada anak nanti nak buat Instagram untuk dia, nak bagi dia famous, nak dia ada ramai followers, nak jadi cover magazine atau sebagainya.”

“Tapi yang pasti dari awal pregnant hingga saat ini, I dan suami selalu imagine, fikir dan doa yang terbaik untuk anak kami,”tulisnya. 

Malah, Betty sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya.

“Dia akan ada kehidupan yang selesa & lebih baik dari mummy & daddy, ramai orang akan sayang, selalu tolong orang, sentiasa buat orang sekeliling dia happy, charming, talented, bijak, dan berjaya dunia akhirat. (Banyak lagi doa tak larat tulis)

“Terima kasih untuk semua yang sayang Wira dan tak pernah putus doakan yang baik-baik untuk kami,” tulisnya lagi.

Ardy yang dilahirkan seberat 3.26kg pada 19 Januari lalu sentiasa mengukir senyuman tatkala fotonya dirakam lensa kamera.

Terdahulu, Betty dan suami, Ardi Damis mendirikan rumah tangga pada 4 Februari tahun lalu.

Foto : Instagram Betty Rahmad, Ardy Wira

IKLAN