“Tak Pernah Terfikir Langsung,” – Sudah Tamat Tempoh Edah, Ini Jawapan Profesional Ziana Zain Bila Diaju Fasal ‘Kalau Mencari Teman’

Share

Penghibur, Ziana Zain mengakui dia belum terfikir untuk mencari pengganti selepas bercerai Julai lalu.

Kongsi Ziana fokusnya kini hanya tertumpu buat keluarga dan anak-anak sahaja.

“Alamak, soal mencari pengganti atau teman baru, tidak pernah terfikir langsung dik. Sebab buat masa ini saya hanya lihat diri saya dan anak-anak saja. Memang tak pernah terfikir di benak fikiran,” katanya.

Ditanya sama ada penyanyi Kalau Mencari Teman ini sudah diintai atau ada yang cuba mendekati misalnya di media sosial, Ziana menerangkan dia tidak ambil tahu perkara terbabit.

“Saya tak tahu dan tidak mahu ambil tahu,” jelas Ziana ringkas ketika ditemui pada Anugerah Nona Superwoman, baru-baru ini. 

Sementara itu, Ziana yang sudah tamat tempoh edah turut meluahkan bersyukur apabila dikelilingi dengan orang yang positif untuk dia terus kuat dan berdikari.

“Kehidupan harus diteruskan. Bagi saya, kalau kita mengadu padaNya, selain berfikiran positif dan dikelilingi dengan orang yang baik, Insya-Allah perjalanan hidup kita akan dipermudahkan.

“Saya juga bersyukur mempunyai keluarga, adik beradik serta ibu bapa yang kuat beri semangat untuk terus berdikari. Jadi tidaklah terasa sangat,” akuinya lagi.

Untuk rekod, kakak kepada penyanyi Anuar Zain ini telah pun sah bercerai talak satu dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Foto : Instagram Ziana Zain 

IKLAN