“Tak Pernah Tak Lawa Puteri Ni,” – Nora Danish Dipuji Cantik Di MeleTOP, TikTok Dengan Siti Nurhaliza Curi Perhatian

Share

Pelakon cantik, Nora Danish sekali lagi diundang sebagai hos jemputan bagi program hiburan, MeleTOP di samping Nabil Ahmad.

Mengenakan persalinan gaun bawah lutut dalam rona kuning rekaan Khoon Hoi, penampilan ibu kepada dua cahaya mata itu cukup memukau pandangan.

Malah, menerusi Instagram, para peminat tidak putus-putus memuji bintang Bencinta ini.

Pada masa sama, Nora turut memuat naik foto sekitar program berlangsung, termasuk gambar kenangan bersama panel jemputan dan video TikTok bersama penyanyi terkenal, Datuk Seri Nurhaliza.

“Masih tak percaya dapat jumpa Tokti ku sayang, dah la jumpa, dapat tik tok lagi! Ok bye!!! Nak tido sambil senyum,” tulisnya.

IKLAN