“Tak Pernah Tak Appreciate Orang Belakang Tabir. Ni La Satu-Satunya Artis Tak Pernah Menyombong…”- Netizen Puji Nora Danish

Share

Terbaru pelakon jelita Nora Danish telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Menariknya, pelakon yang berusia 37 tahun itu telah berkongsi gambar ketika dia bersama krew produksi untuk sebuah drama lakonannya di laman media sosial tersebut.

“#imaan & her beloved technical team. Abang Wak Lu (1st camera) , Keown (2nd camera) , Yoy , Shafiq , Arif (lights crew) , & along (sound). Thank u for the hard & amazing work untuk mencantikkan kami di skrin Abang Abang semua. Mwahhhhh. Semoga anda semua dirahmati Allah. #imaan #lastday #Ramadhan”tulinsya.

Oleh itu, perkongsian ibu kepada dua cahaya mata itu telah mendapat perhatian peminat.

Lalu, peminat telah memuji tindakan pelakon itu yang sentiasa menghargai orang di belakang tabir.

“Tak pernah tak appreciate orang belakang tabir. Ni la satu2 nya artis yg tak pernah menyombong atau sentiasa bersama dengan orang belakang tabir. Sgt akrab”tulis individu tersebut.

Wah, baguslah Nora sentiasa bersikap rendah diri dan menghargai orang berkerja di belakang tabir.

Foto : Instagram Nora Danish

IKLAN