“Tak Pernah Seumur Hidup Naik Jerawat Yang Nauzubillah, Tapi…,” – Niena Baharun Dedah Puncanya!

Share

Siapa sangka Niena Baharun yang sentiasa tampil dengan wajah bersih dan cantik pernah menghadapi masalah jerawat yang teruk suatu ketika dulu.

Kongsinya, hal tersebut berlaku selepas dia menjalani penggambaran di Kelantan.

Lalu wajahnya tiba-tiba mengalami masalah jerawat yang kritikal akibat solekan tebal dan cuaca yang panas.

Setelah berbulan lamanya selepas bersalin, baru ada kesempatan datang ke sini.

“1st pic with Dr. Jamil, yang banyak membantu dan merawat kulit muka Niena sampai elok. Selalunya Dr akan suggest treatment apa yang sesuai dengan masalah kulit kita, then maintain dengan skincare yang Dr bagi.

“Swipe left for 2nd pic

2years ago, masa ni kulit Niena tengah bermasalah. Start naik lepas abis shoot drama dekat KB, tiber tiber je naik jerawat yang mendadak.

“Tak pernah seumur hidup naik jerawat yang nauzubillah. Tapi pikir positif mungkin sebab faktor cuaca dekat KB terlalu panas dengan pakai mekap tebal masa shooting.

“Sejujurnya, first sekali Niena pergi jumpa dengan Dr. Ko dan dah buat treatment dekat situ 2,3 kali, tapi tak berkesan. Lepas tu baru jumpa dengan Dr. Jamil. Alhamdulillah. Settle semuaaaa! Anyway, thank you Dr Jamil & @pesonaclinic_aesthetic,

” kongsinya.

Netizen turut berkongsi masalah kulit masing-masing di ruangan komen sambil memberi tips untuk mengatasinya.

Untuk mengelakkan masalah kulit, apa yang penting kurangkan makanan berminyak dan sentiasa bersihkan wajah sebelum tidur.

Foto : Instagram Niena Baharun

IKLAN