“Tak Pernah Selama 19 Tahun Dia Tinggi Suara Atau Keluar Kata Kesat,” – Aaron Aziz Kongsi Keperibadian Baik Diyana Halik

Share

Pelakon Datuk Aaron Aziz menitipkan ucapan indah khusus buat isterinya, Datin Diyana Halik bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-19.

Sambil menyatakan rasa syukur kerana bahtera yang dibina harmoni bahagia, Aaron turut berkongsi keperibadian baik isteri terhadapnya.

“Tabarakallah. Alhamdulillah Segala puji bagiMu ya Allah. Jodohkan saya hambaMu yang bernama @diyanahalik. Seorang isteri dan ibu yang sangat penyayang, lemah lembut dan tak pernah selama 19 tahun sebagai suami isteri dia tinggi suara atau keluar kata kata kesat.

“Thank you Dar (Darling) for loving me. Don’t know what I’ll be if ALLAH hadn’t sent you to me. Please forgive my ugly edit untuk cover aurat Isteri saya. HAPPY 19th Anniversary sayang. Love you always n forever,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian indah tersebut turut mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya turut mendoakan yang baik buat Aaron seisi keluarga.

Untuk rekod, Aaron mendirikan rumah tangga bersama Diyana pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

IKLAN