“Tak Pernah Pun Terfikir Dapat Isteri Secantik Ayang,” – Tiap Malam Sembang Macam Zaman Baru Bercinta, Sweetnya Hairul Azreen Dengan Hanis Zalikha!

Share

Sudah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering menjadi perhatian ramai.

Meluahkan rasa syukur, Hairul gembira kerana hari ini merupakan ulang tahun kelahiran si isteri yang ke-29 tahun.

Sekali gus, pelakon sasa itu memuji keperibadian Hanis sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

“Happy birthday to my wife, @haniszalikha
Tak sangka inilah wajah isteri saya,
dari zaman kawan,bercinta, tunang & sampai lah dah ada Yusuf & Alisa , Haaaa ( Jibu ) tak pernah pun terfikir dapat isteri secantik ayg.

“Tiap2 malam kita sembang mcm zaman baru bercinta walhal dah hampir 5 tahun kita kahwin, selalu beborak betulkan salah silap kita berdua, salah silap kita dgn keluarga , salah silap kita dgn kawan2 , dgn kerjaya tak pernah jemu pandang & sembang dgn ayg.

“Hehehe i tau la i yg paling manja selalu mengadu pasal shooting i nak buat itu i nak buat ini n ayg setia mendengar pastu bagi pendapat yg terus i rasa nak peluk kuat2.

“HANIS ZALIKHA ayang lah buat i jadi kuat utk berjaya.

“Ermmmm tak tau nak ckp apa lagi hehe rasa malu plak tulis mcm ni, tp terima kasih jadi mak kepada anak2 kita, semoga ayg panjang umur & InsyaAllah sama2 kita bawa Keluarga ke jannah dgn izin Allah,” tulisnya sambil disertakan foto peredaran masa sejak berkawan hingga dikurnia cahaya mata. 

Sementara itu di Insta Stories Hanis, dia terharu kerana Hairul antara orang pertama yang memebri ucapan hari jadinya.

“First birthday wish at midnight,” tulis Hanis. 

Foto : Instagram Hairul Azreen/ Hanis Zalikha

IKLAN