Pelakon, Yana Samsudin mendedahkan anak lelakinya, Aisy Mateen lebih selesa untuk mempelajari subjek matematik didalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.
Jelas Yana, jika menggunakan bahasa Inggeris, anaknya itu akan lebih mudah faham dan cepat belajar.
Katanya lagi, semenjak Mateen masih bayi, dia telah pun mendedahkannya untuk menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.
“Paling suka subjek matematik. Tapi mateen lebih suka kira dalam inggeris, dia cepat tangkap. Kalau bahasa melayu dia agak lambat sikit.
“Sebab masa baby lagi dah dedahkan tiga language bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang anak itu menerusi entri terkini di laman Instagram Mateen.
Ads
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Fadzil Zahari ini turut menambah, anaknya itu kini sedang di dalam proses untuk mempelajari bahasa Arab dan juga penulisan jawi.
Tambah Yana, sebagai ibu, dia tidak pernah sekali pun memaksa anaknya itu apatah lagi menggunakan kekerasan sewaktu sedang mengajar.
“Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah sekarang juga dah minat bahasa arab dan jawi.
Ads
“Tak pernah paksa, tak pernah rotan semasa proses pembelajaran. Alhamdulillh mudah segala prosesnya,” katanya lagi.
Sementara itu, Yana turut menjelaskan bukanlah niatnya untuk membuat anaknya itu bersaingan dengan kanak-kanak seusia dengannya sebaliknya dia hanya ingin tahu sejauh mana potensi anaknya itu.
“Ingat mateen , mommy bukan nak berlumba dengan kepandaian mateen dengan anak anak yang lain . Mommy nak mateen pandai ikut potensi mateen sahaja.
Ads
“Semoga berguna untuk masa hadapan bila mommy takda nanti… #MaaflahMommyIkutCaraMommy hihihihi,” jelasnya.
Terdahulu, Yana dan Fadzil telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 13 Februari 2015.
Selain Mateen, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan yang diberi nama Aura Aisy Sofea yang lahir pada November tahun lalu.
Sumber: Instagram Aisy Mateen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan rasa kegembiraan apabila telah menerima kunjungan istimewa daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew di kediamannya.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal memberitahu kunjungan istimewa ini telah menambahkn semangat serta aura positif dalam dirinya.
Bukan itu sahaja, Elyana turut menerima pelbagai perkongsian ilmu yang bermanfaat daripada Ebit.
Lalu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menitipkan ucapan terima kasih dan mendoakan agar Ebit diberikan kesihatan yang baik.
“Alhamdulillah…Rezeki saya dan keluarga malam ini dapat kunjungan istimewa dari ustaz @ebitlew. Kunjungan ustaz ini menambah kan semangat dan aura positive kepada saya.
“Banyak ilmu yang saya dapat malam ni. Terima kasih ustaz @ebitlew kerana sudi menziarahi saya.
“Semoga ustaz dan keluarga selalu dalam lindungan Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik,umur yang panjang dan bahagia di dunia dan akhirat.
“Mendengar kesusahan ujian orang lain,membuat kan kita lebih bersyukur,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Sekadar informasi, Elyana merupakan penghidap penyakit kanser limfoma pernah memaklumkan penyakit kanser yang dialaminya sudah merebak sehingga ke bahagian rahim, hati dan pangkal peha.
Foto; Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Azhar Sulaiman berkongsi cerita sejak tahun lepas rezekinya cukup murah apabila dia tidak henti-henti menerima tawaran kerja daripada penerbit dan pengarah.
Secara berseloroh, Azhar menyifatkan rezeki mencurah-mencurah itu adalah disebabkan populariti anak bongsunya, pempengaruh (influencer) Kasih Iris Leona yang semakin mendapat perhatian netizen.
“Sejak setahun ini saya tak berhenti-henti berlakon.
“Saya rasa saya kena berterima kasih kepada anak saya, Leona sebab dia punya pasal, nama saya terpalit dan saya jadi hot,” kata Azhar memetik perkongsian video semasa dia diundang sebagai tetamu di stesen radio Buletin FM.
Sebelum ini, nama Leona sering kali menjadi perhatian netizen disebabkan gaya pemakaiannya yang seksi selain gemar berkongsi videonya menari menerusi aplikasi TikTok.
Azhar yang juga merupakan seorang arkitek cukup popular menerusi filem 90-an, Abang 92 dan namanya masih lagi kekal relevan sehingga kini.
Pelakon kelahiran Bentong, Pahang ini mendirikan rumah tangga dengan peguam, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka dikurniakan tiga cahaya iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 21 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi keadaan terkini anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi yang mengalami bengkak di bahagian dahi kerana terjatuh.
Malah menerusi beberapa lampiran foto kandid yang dikongsi di Instagram, bahagian dahi kanak-kanak berkenaan dilihat turut mempunyai kesan lebam.
Aliff bagaimanapun mengakui anak lelakinya itu terlalu aktif dan apa yang berlaku itu adalah satu hal biasa.
“Kalau anak org lain abah dah viral dah ni. Yusoff dan benjol x dapat dipisahkan. @yusoffalqardawi_terlajaklaris anak yg terlalu aktif, jatuh dan benjol tu mcm dah biasa je.
“Dah kebal jatuh mcm mana pun x nangis!! Tapi abah yg risau yusoff ooii. Cepat nau hilangnya. Abah pusing kejap je yusoff dah hilang,” tulis usahawan yang kini muncul menerusi single Cuba Bahagia Ini lagi.
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.