Penyanyi, Kaer Azami akhirnya menjawab persoalan ramai mengenai kehilangannya daripada indusri seni selama 11 tahun.
Berkata kepada MH, Kaer menegaskan kehilangannya itu bukanlah disebabkan dia merajuk dengan industri.
“Sebenarnya, saya tiada di Malaysia selama 11 tahun dan hanya tahun lepas saya pulang. Saya berada di Jakarta selama ini, study di sana dalam jurusan Interbussiness dan kemudiannya bekerja di sana.
“Saya tak pernah merajuk, I think its cita-cita sebenarnya, selain daripada menyanyi.
“Lagipun, Kaer tengok industri pun macam hebat, jadi bagilah adik-adik, abang-abang, kakak-kakak go dulu dan saya support mereka. For me, I really appreciate good music,” katanya ketika ditemui di Era Media Briefing Session di Talent Lounge, Damansara, pada Rabu.
Tambahnya lagi, dalam masa yang sama ada juga terdetik di hatinya rindu untuk kembali beraksi di dalam bidang muzik.
“Rindu juga sebab lama tak menyanyi, rindu yang membuak-buak. Mula-mula masa Amylea call, dia bagi lagu, sekali dengar memang dah lock sebab lagu itu sangat fresh dan best.
“Bagaimanapun, dalam perasaaan teruja itu terselit juga rasa risau sama ada orang boleh terima atau tidak kemunculan semula saya ini. Kes ini macam bawa kereta lah, kalau dah 10 tahun tak bawa kereta kemudian nak kena start semula mesti rasa nervous kan?
“Tapi Alhamdulillah, penerimaan orang sangat baik, malah follower IG saya yang sebelum ini hanya berbelas ribu terus naik sampai 90 ribu dalam masa yang singkat.
“Its a good things hinggakan saya dan Amylea terkejut dengan perkara ini, sekarang bila lihat respon positif ini membuatkan semangat membuak-buak untuk lagu solo pula,” katanya lagi.
Lagu OST drama Nur, Tak Pernah Hilang menyaksikan gandingan antara Kaer dan juga Amylea Azizan mendapat sambutan menggalakan peminat. Setakat ini, jumlah tontonan muzik video lagu itu sudah mencecah lebih 5 juta view di Youtube.
Foto:Era
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI