Penyanyi popular Liza Hanim mengucapkan terima kasih kepada rakan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza susulan kejayaan mereka membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), tempoh hari.
Liza menerusi Instagram turut berkongsi foto ketika sesi raptai persembahan khas buat tatapan peminat.
Menariknya, ini merupakan gandingan pertama mereka berdua di atas satu pentas selepas masing-masing sekian lama menceburkan diri dalam bidang seni.
Sementara itu Siti di dalam platform sama turut memberikan memberikan dedikasi sama sejurus persembahan.
Ads
“Selesai tugasan menjayakan persembahan AIM23 bersama rakan seperjuangan saya (pernah sebumbung di SRC) @lizahanim79.
“Persembahan kami sempena penghargaan buat Mr Tan Su Loke atau Papa Tan yang menerima anugerah Sri Wirama kerana jasa dan pencapaian beliau sebagai pemilik syarikat rakaman dan melahirkan ramai penyanyi tanahair.
Ads
“Ini merupakan gandingan duet yang pertama buat kami berdua, syukur alhamdulillah, segalanya lancar,” tulisnya.
Siti dan Liza menyampaikan tiga buah lagu iaitu Jerat Percintaan, Gelisah Mimpi dan Cindai.
Bukan di London ataupun New York tetapi Bukit Bintang! Itu momen tersendiri menerusi jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini pada Selasa yang tampil membuat kejutan melalui perarakan fesyen di lokasi tumpuan pelancong itu.
Perarakan berkenaan terdiri daripada 50 jelitawan yang terdiri daripada model, ratu cantik serta bintang media sosial.
Sudah pastinya, paling mencuri tumpuan apabila kesemuanya tampil mengenakan persalinan Rizman Ruzaini yang terkenal melalui rekaan elegan dan eksklusif.
Menurut Rizman, walaupun perarakan fesyen ini perkara biasa di bandar-bandar besar dunia, namun ini adalah kali pertama ia dilakukan di Kuala Lumpur.
“Ini juga sebagai cara untuk kami menghargai mereka yang selama ini bersama jenama Rizman Ruzaini sejak 17 tahun lalu. Wajah-wajah inilah yang memperagakan Rizman Ruzaini daripada kami bukan sesiapa dan kini menjadi antara jenama utama di negara ini.
“Jika dilihat ini juga kali pertama perarakan fesyen seperti ini berlaku di Malaysia. Menjadi harapan kami untuk melihat Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai antara bandar fesyen suatu hari nanti, sama seperti Milan dan Paris,” katanya.
Sementara itu, menuju ke sasaran jualan 10 Juta ringgit untuk tahun ini, Rizman Ruzaini juga turut memperkenalkan produk aksesori fesyen terbaharu mereka, Basic Tote Beg.
Jelas Rizman melihat sambutan yang diterima bag ini tahun lalu, membuatkan mereka yakin untuk tampil dengan lima warna berbeza untuk tahun ini.
Malah lebih mengejutkan apabila beg yang baru dilancarkan ini kehabisan stok untuk beberapa warna selepas beberapa jam dijual melalui laman web rasmi mereka.
“Melihat sambutan yang diterima tahun lepas memang kami yakin untuk keluarkan beg ini dengan kuantiti yang lebih banyak kali ini. Cuma tidak sangka ada beberapa warna yang sudah habis di jual antaranya warna hitam.
“Mengekalkan kualiti yang sama, menjadi fokus kami untuk memastikan setiap produk di bawah jenama ini mampu dimiliki semua gologan. Sebab itu ada yang terkejut bila harga beg tote basic ini hanya RM149,”katanya lagi.
Sementara itu melihat kemampuan perniagaan berasaskan fesyen ini yang semakin bergerak maju di negara ini, tambahnya pihaknya juga dalam perancangan untuk memperkenalkan kedai utama berbentuk fizikal untuk memudahkan pelanggan dan pengguna produk ini melawat jenama ini secara terus.
“Memang ada dalam perancangan kami untuk membuka kedai utama tidak lama lagi. Mungkin dua tahun lalu kita lebih suka membeli secara atas talian tetapi dalam tempoh sekarang ramai yang lebih senang untuk melihat dan merasa sendiri material setiap produk yang dijual.
“Jadi saya sudah berbincang dengan pasukan saya untuk membukan sebuah kedai utama tidak lama lagi. Di mana lokasinya kami akan umumkan sedikit masa lagi,” jelasnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan Nur Fazura berkongsikan momen-momen menarik dia sekeluarga yang kini sedang menikmati percutian di Pulau Langkawi bagi menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada Selasa.
Dalam muat naik di laman Instagram miliknya, Fazura berkata dia teruja kerana akhirnya perancangan untuk membawa puteri sulung, Nur Fatima Aisya bercuti dan bermain di pantai terlaksana selepas berbulan merancang.
Menariknya, kedatangan Fazura ke sana turut disambut dengan sebiji kek dan dekorasi bilik yang dihias dengan ungkapan ‘Happy Birthday’ bagi meraikan hari lahir pelakon filem Pisau Cukur itu.
Sementara itu, menerusi laman Instagram Fattah, pelakon Mat Kilau itu menitipkan ucapan romantis sempena hari istimewa isterinya itu.
“Happy birthday to my beautiful wife @missfazura, semoga Allah panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan, dilimpahkan rahmatNya, diberi kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat.
“Me and Fatima love you so much. By the way I included her favourite song,” tulis Fattah.
Video yang memaparkan kompilasi momen-momen bahagia pasangan itu turut disertakan dengan iringan audio lagu kegemaran Fazura iaitu Glimpse of Us nyanyian asal Joji.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fazura, Fattah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketua juri Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) Datuk Awie mempertahankan pemilihan penyanyi, Shiha Zikir sebagai pemenang Superstar Paling Gempak Musim Ini di pentas final MLS3 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, Shiha merupakan antara peserta yang paling menyerlah pada edisi kali ini.
“Kalau kita melihat karakter yang dibawa oleh Shiha, pada saya dia menjiwai watak-watak itu sangat bagus dan baik.
“Bukan nak kata Namie tak bagus tapi usaha yang dibawa oleh Shiha (CILI) sangat berjaya.
“Saya melihat daripada mula MLS3 sehinggalah final, Shiha sangat konsisten dan berjaya mengembangkan watak dengan jayanya,” katanya pada sidang media program itu.
Pentas final MLS3 berlangsung sengit menyaksikan persaingan empat kumpulan bertanding iaitu UBI, CILI, BAHROY dan OOD.
Bagaimanapun peminat agak hampa apabila Namie dari UBI gagal meraih gelaran tersebut meskipun kumpulannya yang dinobatkan selaku juara.
Sementara itu, Namie menjelaskan dia tidak kecewa sebaliknya menyifatkan Shiha sememangnya layak merangkul gelaran tersebut.
“Saya tengok setiap kali pemilihan Superstar semuanya yang paling menonjol pada setiap minggu.
“Untuk saya sendiri, ada minggu saya jadi ‘feeder’ berbanding Shiha yang jadi killer setiap minggu.
“Jadi saya setuju dengan kenyataan Datuk Awie dan terima keputusan yang ada. Ia rezeki Shiha,” katanya.
Keputusan MLS3 menyaksikan kumpulan UBI muncul juara diikuti kumpulan CILI di tempat kedua.
Sementara BAHROY dan OOD masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...