“Tak Pernah Bagi Peluang, Ingat Keluar Perut Terus Pandai?,” – Reen Rahim Selar Netizen Tempelak Sweet Qismina

Share

Pelakon, Reen Rahim menyelar sikap segelintir pihak yang berterusan mengecam rakan selebriti, Sweet Qismina gara-gara beberapa kesilapan yang dilakukan ketika mengacarakan program Kemuncak Bintang Kecil 2023 baru-baru ini.

Menurut Reen, situasi seperti ini sememangnya biasa berlaku dan akan menjadi pengajaran berguna buat para anak seni untuk mengembangkan lagi kerjaya mereka.

“Tak pernah la netizen ni nak bagi peluang. Kau ingat semua keluar-keluar perut terus pandai ke?

“Nak jadi hebat kena lalui fasa-fasa ini. Percayalah, selepas dia lalui fasa nervous ini, pada masa hadapan dia akan bangkit dengan lebih hebat,” tulisnya.

Pandangan tersebut dikongsikan pelakon berusia 34 tahun itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.

Lantaran itu, Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim menasihati Sweet agar tidak menjadikan komen negatif netizen sebagai punca untuk patah semangat atau mengalah.

“Adik Sweet Qismina, persetankan mereka yang condemned kau dik. Diorang yang cakap negatif itu yang sebenarnya loser.

“Yang sudah berjaya, pasti mereka nampak kekuatan adik dan akan berikan sokongan.

“Teruskan melangkah dan sentiasa berada dalam keadaan gembira,” ujarnya lagi.

Sejak semalam, nama Sweet hangat diperkatakan netizen susulan kesilapannya ketika mengumumkan nama pemenang selain masalah teknikal yang menyebabkan berlakunya kekeliruan ketika acara sedang berlangsung.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman telah mengambil tanggungjawab diatas insiden tersebut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada juara dan naib juara Bintang Kecil 2023 itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN