“Tak Perlu Takut Gemuk Lepas Raya Kalau Dari Sebelum Raya Dah Gemuk,”- Kata Sherry Al-Hadad, Terus-Terang Betul!

Share

Bila berbicara soal berat badan mesti akan menjadi perkara yang sensitif terutama sekali kepada kaum wanita.

Pelakon dan pengacara, Sherry Al-Hadad ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam telah berkongsi kata-kata yang kelakar mengenai berat badan bersama peminatnya.

“Tak perlu takut gemuk lepas raya kalau dari sebelum raya dah gemuk,” kongsi Sherry.

Lantas, perkongsian pengacara yang berusia 34 tahun itu mendapat perhatian daripada peminat.

Rata-rata peminat berasa terhibur apabila melihat gambar berkenaan.

Alahai, ada-ada sahaja Sherry ni nak bergurau bersama peminatnya. Kelakar habis!

Foto : Instagram Sherry Al-Hadad

IKLAN