Ads

“Tak Perlu Romatik, Tanya ‘Dah Makan?’ Pun Okay,”- Azira Syafinaz Tertarik Dengan Lelaki Sentiasa Tunjuk Usaha, Nafi Sukar Didekati!

Penyanyi dan pelakon, Azira Syafinaz mengakui dia sendiri tertanya-tanya mengapa segelintir lelaki dilihat agak takut untuk mendekatinya, sedangkan dia sentiasa terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja.

Menurut Azira, personaliti luarannya yang mungkin kelihatan tegas serta statusnya sebagai anak seni berkemungkinan menjadi faktor yang membuatkan lelaki berasa segan atau kurang yakin untuk memulakan langkah.

“Tak Perlu Romatik, Tanya ‘Dah Makan?’ Pun Okay,”- Azira Syafinaz Tertarik Dengan Lelaki Sentiasa Tunjuk Usaha, Nafi Sukar Didekati!

“Saya pun tertanya-tanya kenapa lelaki agak takut untuk mendekati saya. Mungkin sebab saya nampak garang? Kawan-kawan saya pun ada cakap perkara sama.

“Bukan takut apa, tetapi mungkin mereka rasa segan atau kurang yakin untuk mendekati saya pada tahap kehidupan saya sekarang. Hakikatnya, saya seorang yang sangat mudah didekati dan suka berkawan.

“Kalau ada yang mendekati dan saya rasa dia sesuai untuk dijadikan calon suami, siapa tahu dan mungkin ada jodoh,” katanya kepada MH.

Anggota kumpulan De Fam itu berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Tarung: Unforgiven di Banglo 289, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ads

“Tak Perlu Romatik, Tanya ‘Dah Makan?’ Pun Okay,”- Azira Syafinaz Tertarik Dengan Lelaki Sentiasa Tunjuk Usaha, Nafi Sukar Didekati!

Tak Tekan Soal Jodoh, Hargai Usaha Lelaki

Dalam pada itu, Azira mendedahkan dia tidak mahu terlalu memberi tekanan terhadap soal jodoh dan kini selesa menjalani kehidupan secara solo.

“Tak Perlu Romatik, Tanya ‘Dah Makan?’ Pun Okay,”- Azira Syafinaz Tertarik Dengan Lelaki Sentiasa Tunjuk Usaha, Nafi Sukar Didekati!

“Buat masa ini, saya bahagia dengan kehidupan sendiri. Saya tidak terlalu memikirkan soal usia yang semakin meningkat.

Ads

“Tipulah kalau kata langsung tidak terfikir, tetapi saya tidak mahu menjadikannya sebagai tekanan untuk berkahwin cepat.

“Keluarga juga tidak pernah mendesak. Saya tidak mahu melakukan kesilapan dalam memilih pasangan. Jika saya bertemu orang yang sesuai dan Allah membuka hati, insya-Allah. Doakan yang baik-baik untuk saya,” ulasnya lagi.

Tambah Azira, dia sebenarnya lebih tertarik kepada lelaki yang menunjukkan usaha untuk mengenali dirinya, walaupun melalui perkara kecil.

Ads

“Tak Perlu Romatik, Tanya ‘Dah Makan?’ Pun Okay,”- Azira Syafinaz Tertarik Dengan Lelaki Sentiasa Tunjuk Usaha, Nafi Sukar Didekati!

“Sejujurnya, saya jenis yang pemalu dan tidak akan memulakan langkah untuk mendekati lelaki terlebih dahulu. Saya faham mungkin saya nampak sukar didekati.

“Namun, jika lelaki itu menunjukkan usaha, saya sangat menghargainya. Saya suka lelaki yang berusaha, walaupun melalui perkara kecil.

“Tidak perlu terlalu romantik. Perkara sederhana seperti bertanya sama ada saya sudah makan pun sudah memadai. Tetapi jangan sekadar bertanya tanpa tindakan. Kalau tanya sudah makan, belikan sekali makanan itu,” akhirinya.

Dalam pada itu, Azira turut membintangi filem aksi, Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid yang menampilkan barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Aedy Ashraf, Sharifah Sakinah dan Amir Ahnaf. ictures dan Astro Shaw itu bakal ditayangkan pada 7 Mei depan di pawagam seluruh negara.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

TTMM2: Strategi ‘TipTop’ Manager & Aura Bintang Peserta, Ini Sebab Kenapa...

Selepas mencetuskan fenomena pada musim pertama, program realiti, Talk To My Manager (TTMM) kembali untuk musim kedua dengan barisan pengurus dan bakat baharu yang bersedia menggegarkan industri hiburan tanah air!
error: Hello. Cannot.