“Tak Perlu Buat Muka, Tak Perlu Bercakap Kurang Ajar,” – Niena Baharun Selar Tindakan Kurang Profesional Kabin Krew

Share

Pelakon Datin Niena Baharun dilihat kecewa dengan tindakan sesetengah staf penerbangan kerana tidak menepati ciri-ciri pekerja yang baik.

Perkara itu diluahkannya menerusi video yang dirakam ibu kepada seorang cahaya mata itu.

“I just nak bagi nasihat saja, kepada mana-mana staf airlines, kebanyakan I jumpa tak profesional.

“Contohnya, jika penumpang ada masalah, I harap you all boleh handle dengan profesional. 

“Tak perlu buat muka, tak perlu bercakap kurang ajar. Itu sahaja.

“I just nak nasihat korang, supaya boleh perbaiki kelemahan yang ada, yang penting profesional sahaja,” kata Niena ketika merakam video.

Sehingga kini, video berdurasi satu minit itu telah mendapat lebih 10,000 tontonan selepas dimuat naik pelakon itu beberapa minit lalu.

Video : Instagram Niena Baharun

IKLAN