Pelakon, Hairul Azreen mendedahkan antara cabaran yang terpaksa ditempuhinya sepanjang menjayakan filem aksi, The Assistant apabila watak Feroz yang dimainkannya seakan-akan ‘mengikutnya’ hingga di luar set lokasi.

Menurut Haizul, dia sendiri tidak menyedari perubahan tersebut sehingga ditegur pengurus dan isterinya, Hanis Zalikha.

“Tak Perasan Sampai Pengurus & Isteri Tegur,” – Mencarut & Ketawa Tanpa Sedar, Watak Feroz ‘Ikut’ Hairul Azreen Sampai Ke Rumah! “Tak Perasan Sampai Pengurus & Isteri Tegur,” – Mencarut & Ketawa Tanpa Sedar, Watak Feroz ‘Ikut’ Hairul Azreen Sampai Ke Rumah! “Tak Perasan Sampai Pengurus & Isteri Tegur,” – Mencarut & Ketawa Tanpa Sedar, Watak Feroz ‘Ikut’ Hairul Azreen Sampai Ke Rumah!

“Antara cabaran yang harus saya lalui ketika berlakon filem ini apabila watak Feroz seperti ikut saya pulang ke rumah. Ini pertama kali berlaku kepada saya sepanjang bergelar pelakon.

“Sewaktu pengambaran filem ini, saya ada diberikan hari cuti dalam dua hari. Ketika hari cuti itu, saya ada pengambaran lain untuk sebuah iklan syarikat insuran. Iklan itu juga ada babak yang memerlukan saya berlawan. Pelakon extra pula berdialog dengan saya ‘Kalau tak puas hati jom la kita fight’.

“Tanpa sedar, saya terus mencarut seperti yang Feroz lakukan dalam filem. Krew semua terdiam sebab tiada siapa yang berani tergur saya ketika itu. Kemudian, pengurus bagitahu saya yang klien kurang selesa dengan apa yang terjadi. Saya pun minta maaf dan teruskan shooting sehingga tamat,” katanya kepada MH.

IKLAN

Sementara itu, bapa kepada dua orang cahaya mata itu turut memaklumkan perkara sama turut berlaku ketika dia pulang ke rumah.

“Tak Perasan Sampai Pengurus & Isteri Tegur,” – Mencarut & Ketawa Tanpa Sedar, Watak Feroz ‘Ikut’ Hairul Azreen Sampai Ke Rumah! “Tak Perasan Sampai Pengurus & Isteri Tegur,” – Mencarut & Ketawa Tanpa Sedar, Watak Feroz ‘Ikut’ Hairul Azreen Sampai Ke Rumah! “Tak Perasan Sampai Pengurus & Isteri Tegur,” – Mencarut & Ketawa Tanpa Sedar, Watak Feroz ‘Ikut’ Hairul Azreen Sampai Ke Rumah!

“Bila di rumah pula, ketika dengan anak-anak, ada sekali tu saya marah diorang dan saya tergelak. Saya gelak sama macam dalam filem ni. Ketika itu saya tak perasan langsung. Saya terpaksa telefon pengarah bagitahu yang Feroz ikut saya balik.

“Situasi tersebut sememangnya satu masalah buat saya. Saya tak pernah kena macam ni pun. Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum habis shooting, perkara tersebut hilang.

IKLAN

“Kalau cerita pada orang lain mungkin mereka kata saya berlagak tapi itu sebenarnya yang terjadi. Saya tak perasan sampai pengurus dan isteri kena tegur saya. Kalau mereka tak cakap, saya pun tak tahu,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Hairul akui teruja apabila mendapat respon yang positif daripada penonton sewaktu filem ini ditayangkan di festival filem antarabangsa, Far East Film Festival (FEFF) Ke-24 di Udine, Itali.

“Tak Perasan Sampai Pengurus & Isteri Tegur,” – Mencarut & Ketawa Tanpa Sedar, Watak Feroz ‘Ikut’ Hairul Azreen Sampai Ke Rumah! “Tak Perasan Sampai Pengurus & Isteri Tegur,” – Mencarut & Ketawa Tanpa Sedar, Watak Feroz ‘Ikut’ Hairul Azreen Sampai Ke Rumah!

IKLAN

“Tak Perasan Sampai Pengurus & Isteri Tegur,” – Mencarut & Ketawa Tanpa Sedar, Watak Feroz ‘Ikut’ Hairul Azreen Sampai Ke Rumah!“Kebanyakkan filem yang dimainkan di sana genrenya agak slow dan teralu ‘deep’. Kami pula filem aksi. Bila tonton, mereka sangat puas. Bila kami keluar, mereka pun kejar kami.

“Mereka juga memberikan pujian terhadap filem ini. Saya tak pernah dapat feedback yang sangat best seperti ini sebelum ini,” akhirinya.

The Assistant arahan pengarah terkenal, Adrian Teh yang sebelum ini popular menerusi filem Paskal dan Wira bakal mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Mei ini.

Selain Hairul, filem ini juga turut dibarisi pelakon-pelkon hebat seperti  Iedil Dzuhrie Alaudin, Henley Hii dan Farali Khan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI