“Tak Perasan Pakai Baju Apa, Tapi Nampak Muka Dia,” – Bapa Fazreen Rafi Cerita, Arwah Isteri Muncul Dalam Mimpinya

Share

Meluahkan rasa syukur apabila proses pembedahan bapa berjalan lancar, pelakon Fazreen Rafi ada merakam video bersama bapanya baru-baru ini.

Menurut bapanya menerusi klip yang dikongsi, dia ada bercerita perihal kehadiran arwah isterinya, Sutinah Sahari yang muncul dalam mimpinya sebelum melakukan scan.

Perkara itu dirakam pelakon drama Pengantin 100 Hari itu lalu dikongsikan menerusi Instagram.

“Dia (isteri) kata lepas ni papa buat scan, lepas tu hilang. 

“Papa sedar ketika itu jam menunjukkan pukul 12:02minit. Masa tu mama kat tepi ni, dia cakap dengan papa, “papa nak buat scan kejap lagi”, pastu dia hilang.

“Tak perasan pakai baju apa, tapi jumpa dan nampk muka dia,” kongsi Rafi seperti yang dirakam.

Terdahulu, bapa Fazreen dikejarkan ke hospital swasta apabila disahkan mengalami ketumbuhan pada bahagian otak dan telah pun menjalani pembedahan.

Sementara pada 28 Jun lalu, ibu Fazreen telah meninggal dunia akibat kanser usus.

Foto: Instagram Fazreen Rafi

IKLAN