“Tak Payah Nak Frust,”- Patah Hati Ke Bila Mira Filzah Dah Menikah? Baca Dulu Nasihat Fadzil Zahari!

Share

Khamis lalu telah pun berlangsung majlis akad nikah melibatkan pelakon popular, Mira Filzah bersama pilihan hatinya, Wan Emir Astar.

Dirai meriah dengan kehadiran kira-kira 250 tetamu pada majlis diijabkabul, ia turut dipancarkan secara ’live’ di kaca televisyen.

Ia sekaligus menarik perhatian ramai pihak termasuklah rakan artis.

Pelakon Fadzil Zahari misalnya secara berseloroh ada memberitahu para lelaki supaya tidak perlu terlalu bersedih kerana ramai lagi wanita lain di luar sana.

“Yang lain-lain tu tak payah nak frust sangat, depa ni sama elok sama padan.

“Bila hangpa rasa sedih, ingat bahawa setiap hari berbillion gadis seluruh dunia cukup umur 18 tahun.

“Pilih la yang mana sesuai (yang bujang sahaja),” katanya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Yana Samsudin itu menerusi ruangan komen akaun Instagram portal berita, Mstar.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kenyataan yang dikongsikan bapa kepada seorang cahaya mata itu.

Terdahulu, dengan hanya sekali lafaz, Wan Emir telah pun sah bergelar suami kepada Mira dalam satu majlis yang berlangsung di Sime Derby Convention Center, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi telah pun berjalan sempurna di Hotel Le Meridien, Putrajaya.

Instagram: Mstar

IKLAN