Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada berkongsi satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
Micheal telah meluahkan rasa marah kepada semua pengguna media sosial yang gemar berkongsi masalah peribadi di laman media sosial.
Menurut pengarah yang berusia 43 tahun itu berkata kita sebagai pengguna media sosial tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian.
“Assalamualaikum semua okey aku dah tak boleh tahan dah aku kena juga buat video ni aku tak faham engkau orang semua ni,
“Engkau nak cerai cakap dalam Instagram lah dalam Twittter lah kau bergaduh dengan nenek bapa korang pukul pun nak letak kat Instagram lah.
“Engkau letak gambar-gambar bogel ko kat Instagram dah kenapa ? Tak ada kerja lain ke ? Kalau kau nak bergaduh, engkau cari orang tu kalau keluar dengan orang tu bersemuka bergaduh.
Ads
“Tak payah nak bagi tahu satu dunia yang ko bergaduh
“Engkau orang lepas tu mulalah kata buka aib orang, tuhan tutup aib engkau lah apa lah,”katanya.
Dalam pada itu, Michael juga memberi nasihat kepada semua pengguna media sosial untuk tidak lagi berkongsi perkara yang terlampau peribadi di laman media sosial.
Ads
“Nak gaduh gentleman lah pergilah cari orang tu berbual tak payah bagitahu satu dunia kau nak cerai pun cerailah betul-betul cerailah depan bini kau tak payah kau cerai kat Instagram ke, Whatsapp ke,
“Tak ada kerja lain ke korang? Semua ko nak bagitahu satu dunia tahu dan lepas tu nak minta simpati minta sokongan,”katanya dalam rakaman video tersebut.
Tidak dinafikan, minggu lalu menjadi minggu hangat selebriti apabila beberapa kes cerai melibat penggiat seni hangat diperkatakan.
Rentetan daripada berita kemusnahan rumah tangga yang dibina, rakan selebriti ada memberikan reaksi, mengharapkan apa yang berlaku boleh dijadikan sempatan.
Datuk Seri Siti Nurhaliza misalnya turut mengakui dirinya bukanlah individu terbaik bagi memberi pandangan terhadap isu sedemikian sementelah perjalanan hidupnya sendiri belum teruji.
Namun tegas Siti, dia pasti setiap pasangan berkahwin tidak ingin masjid yang dibina berakhir dengan perpisahan.
“Saya bukan orang yang terbaik untuk beri nasihat. Saya sendiri pun masih melalui perjalanan hidup seterusnya.
“Cuma, saya pasti mereka yang berkahwin bukan untuk bercerai. Apa pun, bagi saya kalau boleh sebelum kita berkahwin, kita mengenali pasangan.
“Kita menerima kekurangan dan kelebihan dia. Itu penting. Itu tujuan berkahwin.
“Selain daripada nak menghalalkan, mahu buat masjid dengan ikatan suami isteri, kita kena menerima pasangan kita, baik dan buruk, seikhlas serta sejujurnya.
“Kita tak sempurna. Apa yang kita ada hanyalah pinjaman Allah. Kalau kita jujur dengan ikatan perkahwinan, InsyaAllah sampai bila-bila pun kita boleh kekal. Keimanan kena tinggi,” katanya memberikan pandangan.
Pada masa sama penghibur nombor satu negara ini turut menambah, aib pasangan juga haruslah dijaga daripada tontonan umum.
Bimbang, ia boleh menambahkan kepada sesuatu yang lebih teruk.
“Semuanya di tangan kita. Kita nak jadikan macam mana. Sama ada peribadi kita ini dipertontonkan atau tidak, semua terletak kepada diri.
“Sebaiknya kalau aib, baik kita jaga dan simpan. Tepuk dada tanya iman,” ulasnya jujur.
Terdahulu, penyanyi Anta Permana ini ditemui pada Majlis Perjumpaan Hari Raya Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Siti Zone di Hotel Pearl International Kuala Lumpur semalam.
Majlis anjuran Siti Nurhaliza Production ini turut diserikan dengan pelbagai seleksi lagu popular antaranya Sesuci Lebaran, Anta Permana dan Comel Pipi Merah.
Menerusi akaun Instagram pelakon Datin Paduka Eina Azman, ada berkongsi beberapa keping gambar ketika dia sama keluarga bercuti di Pulau Langkawi, Kedah, baru-baru ini.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman kelihatan telah memilih tema warna putih ketika mengambil gambar bersama keluarga.
Selepas berkongsi perihal reaksinya terhadap pandangan yang diberikan ibu tiri berkaitan dengan ucapan sempena Hari Bapa, Nabila Huda sebentar tadi ada memuat naik posting terkini di Instagram.
Nabila Huda atau lebih sinonim disapa Abil memohon supaya ibu tirinya, Norhasniza Hassan boleh berubah secara perlahan-lahan.
“Nah Ini Untuk you @qasander ! Semoga you diberi kekuatan Untuk harungi hidup you hari Ini. Insyallah, pelan-pelan you boleh berubah.
“Kami semua berdoa semoga lembutkan hati you Untuk terima nama I yang ber binti kan suami you,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang Tombiruo ini juga turut berdoa agar ibu tirinya itu menjadi isteri solehah serta contoh yang terbaik buat adik-beradik tirinya
“Jadi lah isteri Yang solehah, Contoh Yang baik Untuk Anak-Anak you..Amin!,” kongsi Abil lagi di bawah entri yang disertakan dengan kata pujangga itu.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.