“Tak Payah Cari…,” – Minta Hormat Permintaan, Bunga Isme Mahu Berehat Dari Media Sosial Sebab…

Share

Rapper meningkat naik, Bunga Isme memaklumkan dirinya akan berhenti buat sementara waktu daripada melayari kesemua platform media sosial termasuklah aplikasi khidmat pesanan ringkas Whatsapp.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Selasa.

Menurut Bunga, sepanjang ketiadaannya itu nanti, orang ramai tidak perlu bimbang kerana dia pasti akan kembali bila tiba masanya nanti

 “Hi, Bunga here. Saya off social media for few days. Termasuk Whatsapp. Apa-apa tak payah cari.

“Kalau ada muncul tu, maksudnya adalah saya. Sorry time to focus for my study kejap. Sayonara for awhile,” katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Apadehal ini turut memberi tahu, antara sebab lain yang mendorong dia membuat keputusan tersebut adalah untuk memberi sepenuh tumpuan dalam pelajarannya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat akur dengan keputusan tersebut selain turut menitipkan doa semoga segala urusan Bunga akan dipermudahkan.

Terdahulu, Bunga dikhabarkan telah pun melancarkan single terbarunya hasil kolaborasi bersama penyanyi, Amzar menerusi lagu berjudul 300 Saat.

Muzik video single tersebut ternyata menarik perhatian ramai selepas marih lebih 1,000,000 tontonan di laman Youtube hanya dalam masa tiga bulan.

Sumber: Instagram Bungaisme

IKLAN