Walaupun pernah berhadapan detik paling ‘pahit’ dalam kerjaya seninya, namun ia tidak mematahkan semangat penyanyi Sissy Imann untuk terus melebarkan sayapnya dalam bidang tersebut.
Mengakui ada sedikit rasa penyesalan kerana menjual album sulungnya pada harga yang cukup rendah, yang tidak memberikan ‘keuntungan’ berbanding kos produksi namun Sissy menganggap semua perkara itu menjadikannya lebih matang dalam mendepani cabaran hidup sebagai anak seni.
“Sebenarnya saya sendiri yang buat keputusan untuk jual album itu pada harga RM20 selepas berasa terlalu kecewa dengan diri saya.
“Ia terlalu peribadi buat saya, saya tidak dapat kawal emosi. Memang saya nekad tak nak tengok album ini sebab itu saya jual supaya boleh bagi dekat orang.
“Sebenarnya, ada kejadian sebelum saya buat keputusan untuk jual RM20.
“Sebenarnya pada hari itu saya bangun tidur dan ada rasa kecewa. Saya keluar bilik nampak album ada atas meja.
Ads
“Saya tak tahu apa difikirkan, saya ambil dan campak album itu sampai terperosok bawah kerusi. Lepas itu saya terus menangis sepuas-puasnya.
“Pada ketika itu, saya upload untuk jual album itu pada harga RM20, mak dan ayah saya pun tahu benda itu lepas tengok posting saya di IG,” katanya kepada MH.
Sissy ditemui pada majlis pradengar album sulungnya, Sissy Imann yang berlangsung di kediamannya di Kajang, Selangor pada Khamis.
Berkongsi kos penerbitan album itu yang menjalani rakaman di studio popular, Abbey Road Studio di London, Sissy berkata ia mencecah lebih enam angka.
Ads
“Kos penerbitan album ini mencecah enam angka dan semuanya memang saya keluarkan duit sendiri sebab saya memang bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.
“Sebab itu, bila saya jual RM20, ada juga timbul rasa menyesal (ketawa) sebab memang dikira tidak balik modal pun, tapi tak mengapa.
“Lepas ini untuk cetakan kedua, mungkin saya akan jual pada harga yang lebih ‘reasonable’ dalam RM50.
“Setakat ini, sebanyak 1,000 unit album habis terjual pada cetakan pertama,” katanya.
Mengandungi sebanyak enam buah lagu, album sulung Sissy itu memperlihatkan bakatnya secara keseluruhan sebagai komposer serta penulis lirik selain dibantu AG Coco.
Lagu-lagu yang terkandung dalam album itu seperti Ribut, Balang Boneka, Berhentilah, Cinta Seadanya, Cinta Seadanya, Tersakiti dan sebuah lagu Inggeris, Ain’t Gonna Spoil My Day.
Terdahulu, Sissy memuat naik menyatakan enggan mengadakan sebarang majlis pelancaran album sulungnya gara-gara terkesan dengan komen kasar yang dilemparkan juri program Famili Duo, Mas Idayu terhadap persembahannya pada konsert mingguan rancangan itu, dua minggu lalu.
Disebabkan terlalu kecewa, Sissy kemudian memuat naik di laman Instagramnya ingin menjual ‘buah tangan’ sulungnya itu pada harga yang cukup rendah iaitu RM20 seunit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Alif Satar telah meluangkan masa bersama beberapa orang banduan di Penjara Sungai Buloh, semalam.
Alif turut ditemani Mufti Wilayah Perseketuan, Dr Zulkifli Al-Bakri sempat berborak dan bersemuka dengan mereka.
“Assalamualaikum.. semalam adalah antara hari yang Alif akan ingat sampai bila -bila. I was invited for iftar from pejabat mufti wilayah persekutuan, with the mufti himself, @drzulkifli.albakri together with ‘Banduan Akhir’ at Penjara Sungai Buloh..
“Alhamdulillah, nanti alif share dengan korang pengalaman berbuka on my youtube channel.. it was truly a life changing experience for me last night.
“P/S Terima kasih kepada semua warga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan juga kepada semua pegawai Penjara Sungai Buloh atas jemputan dan pengalaman yang cukup istimewa,” tulis Alif.
Kongsi Alif lagi, pengalaman berborak panjang bersama banduan itu pastinya membuatkan air mata penyanyi lagu Sesunguhnya itu bergelinang kerana mendengar kisah silam banduan tersebut.
“I had a moment with them..lama juga bersembang dan bercerita,they were sharing their stories of how and what life is to them now.
“I just couldn’t hold back my tears.. semoga taubat dan segala doa mereka diterima Allah swt.
“P/S they had ‘nur’ in their faces.. walaupun dalam penjara, i think they found Him. Allahuakhbar. May Allah forgive all of our sins,” tulis Alif lagi.
Penyanyi, Nourul Depp ada memberikan pendapat mengenai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam menangani penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Wahab menyarankan agar pihak terbabit tidak merumitkan pemberian vaksin kepada orang ramai seperti pendaftaran melalui aplikasi dan sebagainya.
Di samping meluahkan rasa kagum dengan cara pemberian vaksin di Indonesia, penyanyi yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini memberi cadangan untuk menjalankan PPV di seluruh Klinik Desa bagi mempercepatkan kadar individu yang telah divaksin.
“Terbaca satu tweet rakyat indonesia. Depa bukak ja klinik & hospital depa. Walk in pi vaksin. Takdak apps takdak apa apa yang sophisticated katanya.
“Dah berjuta rakyatnya divaksin, rasanya lebih mudah macam tu. Klinik desa pun banyak. Kami tau la kami lahir di klinik desa.
“Gunakan kemudahan ini semua. Senang. Hanya pendapat saya sebagai rakyat biasa.,” tulisnya.
Sebelum ini, pihak kerajaan telah memutuskan pemberian vaksin kepada orang ramai dijalankan secara berperingkat dengan membuat pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera.
Pihak kerajaan juga telah menetapkan beberapa tempat PPV antaranya Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada fasa pertama pemberian vaksin.
Foto: Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada selebriti popular Indonesia, Ria Ricis, Teuku Rushariandi memanjatkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 8 pagi waktu tempatan di sebuah hospital swasta di Jakarta.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Rushariandi menerusi entri terkini di laman Instagram.
Katanya lagi, bayi perempuan itu telah dilahirkan dengan selamat dan kini berada dalam keadaan yang sihat.
“Bismillah, Alhamdulillah telah lahir anak pertama kami pada hari Selasa 26 Julai 2022 pada jam 8.26 pagi di Rsia Bina Medical, Bintaro dengan sihat dan cantik.
“InsyaAllah solehah ya sayang. Mirip siapa ya anak kita? Isteriku terbaik, hebat masyaAllah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Rushariandi turut mendoakan semoga puterinya itu membesar menjadi anak yang solehah.
Malah, dia juga merakamkan ucapan penghargaan buat isterinya yang telah banyak berkorban melahirkan cahaya mata sulung mereka itu.
Antara yang turut menzahirkan rasa gembira diatas kelahiran bayi tersebut termasuklah kakak kepada Ria yang juga merupakan pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi.
Bagaimanapun, Oki akui berasa sedikit ralat kerana tidak dapat menemani adiknya itu kerana kini dia berada di Mesir.
“Proses bersalin terpaksa dipercepatkan dan harus segera dibedah kerana berlakunya komplikasi. Sedih kerana saya dan ibu, masih berada di Mesir sehingga tidak dapat menemaninya.
“Dalam sisi lain kami sekeluarga sangat berbahagia kerana kehadiran anggota keluarga baru. Selamat untuk adikku sayang Ria Ricis dan Teuku Rushariandi,” katanya.
Melihat di ruangan komen, Ria dihujani ribuan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan artis malah, mereka juga mendoakan semoga Ria dan anaknya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Sekadar informasi, Rushariandi dan Ria telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 12 November 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ria Ricis, Teuku Rushariandi & Oki Setiana Dewi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pempengaruh, Kim Raymond yang kembali bergelar isteri selepas selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Zahir Omar pada Khamis.
Tampak berseri, bekas isteri...