“Tak Pakai Ke Pakaian Kat Dalam?,” – Penampilan Jasmine Suraya Dipersoal Netizen

Share

Baru-baru ini, pelakon Jasmine Suraya Chin telah menghadiri sebuah majlis makan malam yang berlangsung sekitar Kuala Lumpur.

Aktres jelita itu turut berkongsi momen tersebut menerusi akaun media sosial Instagram miliknya.

Malah, bintang berusia 30 tahun ini tampil dengan mengenakan persalinan yang memperlihatkan bahagian lurah pada bahagian dada.

Lantas, perkongsian bintang kelahiran Kuching, Sarawak ini telah menjadi perhatian netizen.

Malah, rata-ratanya mempersoalkan fesyen yang dipakai oleh Jasmine yang didakwa seksi itu.

Untuk rekod, Jasmine dilahirkan pada 10 November 1989 di Kuching, Sarawak dan merupakan seorang anak tunggal.

Foto: Instagram Jasmine Suraya

IKLAN