“Tak Pakai Cincin Kahwin Bukan Bermaksud Tak Bahagia,” – Sharifah Shahira

Share

Bintang versatil, Sharifah Shahira seperti biasa tidak pernah lekang daripada berkongsi status humor yang sering mendapat perhatian para pengikutnya di Instagram.

Awal hari ini misalnya, penyampai radio berkenaan ada memuat naik foto jari sebelah kirinya tanpa cincin perkahwinan yang sebelum ini sedia tersarung.

“Tak pakai cincin kahwin bukan bermaksud tak bahagia dah. Tapi dah gatal-gatal, 16 tahun pakai.

“Maksudnya, dah tak muat,” tulisnya lalu disambut tawa para peminat dan rakan selebriti.

Aduhai, macam-macam seloroh yang dikongsi bintang senior kita ni.

Apa pun, kami mendoakan agar kalian sekeluarga terus harmoni dalam melayari bahtera perkahwinan, amin.

Foto: Instagram Shahirah Shahira

IKLAN