Pelakon dan pengacara, Jasmine Suraya Chin meluahkan rasa kecewa selepas penampilannya dikritik kerana dikatakan agak seksi sehingga menampakkan bahagian dada.

Kata pelakon Alamatnya Cinta itu, dia amat menyukai pakaiannya itu tetapi kecewa dengan pemikiran segelintir pihak yang gemar menjadikan pakaian wanita sebagai suatu objek berkaitan seks.

“Really love this dress! It’s a shame that some people are incapable of appreciating it and insist on objectifying the woman wearing it. The disappointment is mutual,” tulisnya.

IKLAN

Pada acara tersebut, Jasmine dilihat mengenakan gaun bercorak bunga dan ramai yang berpandangan pelakon itu tidak memakai pakaian dalam.

Lantaran itu, gambar tersebut telah menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen termasuklah yang berbaur lucah.

IKLAN

“Tak Pakai Bra Ke?”- Jasmin Suraya Chin Kecewa Pakaian Wanita Sering Dijadikan Objek Seks?

Pada masa sama, terdapat juga segelintir pihak yang tampil mempertahankan pakaian Jasmine dengan menyifatkan pakaiannya itu sebagai cantik.

IKLAN

“Tak Pakai Bra Ke?”- Jasmin Suraya Chin Kecewa Pakaian Wanita Sering Dijadikan Objek Seks?

Bagi MH, tidak kesahlah pakaian apa yang hendak digayakan sekali pun, yang penting cantik dan selesa.

Foto: Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI