Jika kebanyakan selebriti tidak kisah nama mereka digabungkan dengan pasangan heroinnya, namun bagi Syafiq Kyle, dia kurang selesa dengan tindakan seperti ini.

Menurut Syafiq, isu sebegini tiada masalah, cuma sebolehnya dia ingin menumpukan pada watak yang dipegangnya.

‘Tak nak Overshadow je…’ – Syafiq Kyle

IKLAN

Malah Syafiq juga menyifatkan gabungan nama artis sebenar mampu menutup populariti sesebuah drama tersebut.

IKLAN

“Kalau ikutkan saya memang tiada masalah dengan semua ini, tetapi jika boleh saya mahu peminat fokus dengan drama dan watak yang dibawa. Bukan sebab tidak selesa, cuma saya tak nak nama kami overshadow semuanya.

“Sebaiknya biarlah kita gunakan hashtag watak sekurang-kurangnya netizen akan sentiasa ingat tentang drama tersebut berbanding nama kami yang melakonkan.

“Lain lah kalau dah habis drama. Masa itu pandailah saya dan Hannah terima hashtag tersebut,” jelasnya pada MH Online.

‘Tak nak Overshadow je…’ – Syafiq Kyle

IKLAN

Tambahnya lagi perkara ini telah dibincangkan bersama Hannah dan mereka bersetuju untuk fokus pada Jemy dan Aira berbanding Syafiq dan Hannah.

“Sejak awal saya dan Hannah sudah berbincang pekara ini. Dia okay dan bersetuju untuk lebihkan perhatian pada watak Jemy dan Aira. Kami mahu berikan yang terbaik untuk drama ini,” katanya lagi.

Sungguhpun ramai yang masih cuba untuk memahami perkara ini Syafiq berharap agar semua peminatnya memahami situasi ini dan mengambil ia sebagai satu perkara yang positif.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI