“Tak Nak Dengar Pujian,”- Ozlynn Putus Tutup Ruangan Komen Foto Anak Mengaji, Sebabnya Kerana…

Share

Pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn baru-baru ini ada berkongsi foto yang melihatkan anak sulung mereka, Ariq sedang membaca ayat suci Al-Quran.

Malah, Ozlynn sekali lagi memuat naik foto Ariq sedang mengajar adiknya, Moleiq melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, Ozlyn memilih untuk menutup ruangan komen dan mempunyai sebab tersendiri.

“Arini abg ajar adik ngaji skali.. seronok dia.. smp dia amik jari abg dia suh tunjuk lagi kt quran yg abg dia tgh baca.. cute sgt,

“Utk gmbr nih saja off comment.. xmo dgr segala pujian, sindiran.. hanya nak motivate diri sendiri dan keluarga utk jadi yg lebih baik,

“Pujian juga ujian.. sindiran juga ujian buat kalian.. kalau hidup penoh dgn sindiran, iri hati.. smp bebila org ssh nak jadi lebih baik,

“Sebab rata2 manusia zaman skrg byk menilai dari gambaran.. org buat baik bkn nak sokong.. ada jek kata2 nak sindir,

“Ibarat ko pegi luar negara.. ko post gambar makan.. pastu dorg tanya halal ke?? Paham dak?? Weh xkan kita post tgh makan babi,

“Manusia zaman skrg lebih byk gunakan media social utk menindas org lain.. mengecam..benda nih aku kerap nampak kat ig kenkwn lain.. ada je kata2 yg menyakitkan ati yg dilemparkan,

“Seolah dia sekeluarga sempurna.. kdg nak je ckp, g la pegang quran dr dok tunding2 salah org.. lebih memerli dari menasihati.. doa lah.. DOA… DOA… DOA… sama juga mcm korg.. sentiasa ada dlm doa aku..

“Sebab salah satu kejayaan aku suami isteri juga berkat dari doa kalian.. so aku sentiasa doa utk org yg mendoakan utk keluarga kami.. Allah maha mengetahui,” tulisnya panjang lebar.

Terdahulu, gambar Ariq sedang mengaji dihujani komen pujian dan menjadikan pasangan Jozlynn sebagai idola.

Bagaimanapun, Ozlynn menganggap bahawa setiap pujian yang diberikan adalah satu ujian buatnya, begitu juga sebaliknya.

Nyata, setiap individu mempunyai sebab tertentu untuk menutup ruangan komen,kan?

Foto : Instagram Jozlynn

IKLAN