“Tak Nak Bedah Untuk Buang Cyst,” – Mawar Rashid

Share

Pelakon Mawar Rashid ada bertanya di media sosial berkenaan sesiapa yang pernah mempunyai pengalaman berdepan dengan Cyst.

Malah, bintang Tq Captain itu turut bertanya andai ada cara yang boleh membuang Cyst tanpa perlu melakukan pembedahan.

“Sesape pernah ada cyst, boleh tak crite pengalaman you all. Doctor ckp cyst ni takde ubat.

”Tp mawar tak nak bedahh untuk buang cyst mawar. Sesiapa tahu tak cara yg berhasil nk buang cyst tanpa operate?

”Help me,” tulis Mawar menerusi Instagram sambil memaklumkan foto yang dirakam adalah gambar lama.

Menjengah ke ruangan komen, ada peminat yang memberikan respon seterusnya berkongsi pengalaman berdepan dengan masalah berkenaan.

Sekadar info, Cyst adalah bengkak yang kerap berlaku pada ovari di kalangan wanita di usia reproduktif. Ia mengandungi cecair atau separuh cecair.

Kebanyakan Cyst adalah disebabkan proses fisiologi kesuburan dan bukan sejenis penyakit. Bagaimanapun, andai ia tidak pecah atau terus membesar situasi tersebut boleh mendatangkan masalah.

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN