Baru sahaja muncul dengan ‘single’ terbaru berjudul ‘Luar Biasa’, anak muda ini mendapat pujian netizen yang terpaku melihat gerak tarinya dalam musik video (MV) tersebut.

Namun begitu, berikutan tidak mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun lalu, ramai tertanya-tanya apa perancangan Ismail Izzani sebenarnya.

Biasalah di Malaysia ini, kita selalu dengar orang yang tidak mengambil SPM ini susah untuk melanjutkan pelajaran.

Tak Nak Ambil SPM, Ismail Izzani Rancang Terus Masuk Kolej

IKLAN

Bagaimanapun, menurut penyanyi lagu ‘Sabar’ itu mengatakan bahawa dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej swasta dalam bidang komunikasi.

Katanya, untuk memasuki kolej tersebut, dia hanya perlu menjalani peperiksaan awal yang disediakan kolej tersebut.

IKLAN

“Sejujurnya saya bukan seorang yang suka belajar. Jadi, saya ambil keputusan untuk tidak menduduki SPM seperti rakan yang lain.

“Saya sudah berbincang dengan ibu bapa dan mereka juga bersepakat serta setuju untuk saya terus melanjutkan pelajaran di kolej swasta.

“Untuk masuk kolej itu tidak memerlukan keputusan SPM tapi hanya melalui satu peperiksaan awal.

“Insya-Allah, saya ada perancangan untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Ismail pernah disoal sebab dia tidak mengambil SPM seperti rakan sebayanya yang lain.

IKLAN

Tak Nak Ambil SPM, Ismail Izzani Rancang Terus Masuk Kolej

“Saya tidak sempat daftar untuk ambil SPM tahun lalu. Sepatutnya tarikh akhir untuk daftar bulan Mac. Tapi saya dapat tahu masa bulan Mei,” katanya. 

Dalam pada itu, Ismail sendiri tidak pasti bila masa yang sesuai untuknya melanjutkan pelajaran memandangkan dirinya kini sibuk untuk mempromosi ‘single’ terbarunya itu.

“Saya belum pasti lagi bila waktu yang sesuai untuk sambung belajar. Yang pastinya, bukan dalam masa terdekat,” katanya lagi.

sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI