Penyanyi dan pelakon, Sasha Saidin mendedahkan sebab mengapa dirinya memilih untuk meluahkan perasaan di dalam Bahasa Inggeris buat para pengikutnya di Instagram.

Anggota kumpulan Elite itu menjelaskan, meski dia mahur mahir berbahasa kebangsaan, namun ibunya yang merupakan guru Bahasa Inggeris yang memberi penekanan terhadap bahasa tersebut menyebabkan ia berlaku.

Malah, Sasha turut mendapat keputusan yang cemerlang menerusi mata pelajaran berkenaan.

“Bahasa Jiwa Bangsa. Sejujurnya saya lebih selesa meluahkan perasaan saya dengan menggunakan bahasa Inggeris. Tak mengapa bukan? Mungkin bagi saya apabila ditanya mengapa saya lebih gemar bercerita dalam bahasa Inggeris saya jadi hairan. Mengapa tidak?

“Saya bersekolah di SK (P) Bukit Bintang dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5 dan boleh berbicara dan menulis dalam Bahasa Malaysia.

“Jawapannya mungkin kerana ibu saya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang sangat cerewet dalam memastikan kami boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik? Yang pasti gred A saya berjaya perolehi untuk kertas 1119 yang mengikut piawaian British ‘O’ Levels adalah perkara yang harus baginya.

IKLAN

“Untuk mendapat keputusan itu bukan senang. Banyak buku Inggeris yang harus saya baca, lagi-lagi berbentuk kesusasteraan klasik. Tu belum termasuk berpuluh-puluh karangan saya harus tulis dan pembetulan yang disalin berulang-ulang kali setelah diperiksa,” jelasnya.

Lalu, ia secara tidak langsung membuatkan ibu kepada seorang cahaya mata ini untuk lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris selain Bahasa Melayu.

Pada masa sama, Sasha turut berkongsi mengenai sebuah kitab dengan terjemahan Inggeris yang cukup bermakna bagi dirinya.

IKLAN

“Hasil daripada itu saya menjadi lebih cendurung kepada penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian saya.

“Buku kitab Al Quran dengan penterjamahan Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali kepunyaan ibu saya adalah buku yang sangat istimewa bagi saya bukan sahaja kerana buku itu telah membimbingnya sebagai seorang muaalaf malah ia telah dapat membantu diri saya melalui kemurungan.

“Bermula dari situ saya mencari buku-buku khasanah pemikiran Islam dalam bahasa Inggeris di toko-toko buku sekitar Kuala Lumpur antaranya di @dakwahcornerbooks yang menjual buku-buku dan video-video cendekiawan serta ulama dari seluruh dunia memberikan perspektif Islam yang sangat optimistik dan membina.

IKLAN

“Bagi saya apa pun bahasa yang digunakan kita harus berbahasa dengan baik dan benar supaya apabila kita serasi dan sebati menyampaikan apa yang mahu disampaikan dari jiwa ianya tulus dan ikhlas.

“Bak pepatah “Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.” #p/s Teruja jumpa @dakwahcornerbooks cawangan Mekkah,” titip Sasha yang difahamkan baru sahaja selesai menunaikan umrah bersama suami tersayang.

View this post on Instagram

Bahasa Jiwa Bangsa. Sejujurnya saya lebih selesa meluahkan perasaan saya dengan menggunakan bahasa Inggeris. Tak mengapa bukan? Mungkin bagi saya apabila ditanya mengapa saya lebih gemar bercerita dalam bahasa Inggeris saya jadi hairan. Mengapa tidak? Saya bersekolah di SK (P) Bukit Bintang dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5 dan boleh berbicara dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Jawapannya mungkin kerana ibu saya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang sangat cerewet dalam memastikan kami boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik? Yang pasti gred A saya berjaya perolehi untuk kertas 1119 yang mengikut piawaian British ‘O’ Levels adalah perkara yang harus baginya. Untuk mendapat keputusan itu bukan senang. Banyak buku Inggeris yang harus saya baca, lagi-lagi berbentuk kesusasteraan klasik. Tu belum termasuk berpuluh-puluh karangan saya harus tulis dan pembetulan yang disalin berulang-ulang kali setelah diperiksa. Hasil daripada itu saya menjadi lebih cendurung kepada penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian saya. Buku kitab Al Quran dengan penterjamahan Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali kepunyaan ibu saya adalah buku yang sangat istimewa bagi saya bukan sahaja kerana buku itu telah membimbingnya sebagai seorang muaalaf malah ia telah dapat membantu diri saya melalui kemurungan. Bermula dari situ saya mencari buku-buku khasanah pemikiran Islam dalam bahasa Inggeris di toko-toko buku sekitar Kuala Lumpur antaranya di @dakwahcornerbooks yang menjual buku-buku dan video-video cendekiawan serta ulama dari seluruh dunia memberikan perspektif Islam yang sangat optimistik dan membina. Bagi saya apa pun bahasa yang digunakan kita harus berbahasa dengan baik dan benar supaya apabila kita serasi dan sebati menyampaikan apa yang mahu disampaikan dari jiwa ianya tulus dan ikhlas. Bak pepatah “Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi." # p/s Teruja jumpa @dakwahcornerbooks cawangan Mekkah. 🥰 Busana @yanscreation #SLSUmrahxZiarah2020 #SLS4eva #SirhanSashayedAway #TheJourneyOfTheSLS4eva #TheElusiveFairytaleOfTheHalfBloodPrincessSayang #DiaryOfADevotedDomesticatedDamre #CommittedToTheCelopians

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on

Foto: Instagram Sasha Saidin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI