Impian dan hasrat penyanyi Khai Bahar untuk mengadakan konsert solo pertama akhirnya direalisasikan di Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, pada Sabtu.
Menerusi Konsert Nafas Cinta Khai Bahar itu, bintang kelahiran Perlis ini telah menyampaikan sebanyak 17 lagu termasuk dua lagu bersama Adira dan Aina Abdul yang dibawakan secara duet.
Khai yang ditemui media sejurus konsert meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Khai pada masa sama menjelaskan, dia memilih untuk mengambil setiap kritikan yang diberikan terhadap nyanyiannya sebelum ini sebagai persediaan sebelum konsert solo sulungnya itu dilangsungkan.
Ini kerana, ia dilakukan demi memperbaiki diri sekaligus meningkatkan lagi mutu serta kualiti nyanyian supaya bertambah baik.
Ads
“Setiap kali selepas saya buat persembahan, apa sahaja kritikan yang orang berikan saya terima. Kalau yang kritik tu kata tidak okey, saya ambil ia sebagai satu kritikan yang membina.
“Misalnya, ada yang tegur cara penyampaian nyanyian saya… yang terkurang atau terlebih pun, sebagai seorang penyanyi saya ambil itu bagi memperbaiki diri,” katanya lagi.
Ditanya tentang perancangan seterusnya, penyanyi berusia 27 tahun ini kini mahu fokus membuat persiapan untuk persembahan lagu duet, Nafas Cinta yang telah tersenarai di antara 12 finalis akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).
Ads
Bagaimanapun Khai memaklumkan, setakat ini dia belum berkesempatan melakukan sesi latihan lagu berkenaan di samping Aina Abdul.
“Selepas ini, saya mahu fokus pula kepada persembahan di AJL nanti, untuk buat beberapa persiapan dan persediaan awal. Buat masa ini, susunan muzik untuk lagu sudah ada dan saya pun dah dengar sebelum ni.
“Dari segi latihan pula, kami berdua masih lagi belum mulakan latihan. Sementara konsep persembahan pada malam itu nanti, akan ada elemen fantasi ala-ala macam kartun ‘Disney’, insya-Allah,” kongsinya lagi.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Khai Bahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendedahkan dokumen daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi menjelaskan bahawa dia bukan individu berstatus muflis sebagaimana yang didakwa.
Menurut Sajat, dia tidak akan memaafkan sesiapa yang memfitnahnya muflis.
Perkara tersebut dikongsikan ahli perniagaan ini menerusi satu perkongsian di Instagram, pada Isnin.
“Berlambak orang fitnah kata Sajat dah bankruptcy bagai! Siap kata, Sajat dah bankruptcy uols! Korang hadamlah yang mengata aku bankruptcy tu! Tak kan aku ampun kan!
“Sebab dari mulut korang ke mulut, korang yang mendapat dosa! Giteww.. amin, walaupun I dah duduk negara luar, Nur Sajat all kinky, masih berstatus orang BERADA ADA hokey.
“Walaupun name tu, tak SESUAI dengan wajah i cantik ini, nasib kat sini AUSTRALIA, ID sajat female gitew!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan dirinya hanya sempat menyelamatkan sebahagian daripada koleksi trofi dan anugerah sewaktu rumahnya dimasuki air akibat musibah banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri Selangor pada tahun lalu.
Menurut Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, dia seme berasa agak sedih bila mengenangkan mengenai kejadian tersebut.
Katanya lagi, trofi-trofi yang tidak sempat diselamatkan kebanyakkannya rosak dan patah.
“Awards yang dapat diselamatkan dari banjir last year.
“Yang lain semua patah and pecah,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Memori Tercipta itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata ini memaklumkan dia mahu menjadikan dugaan ini sebagai pemangkin semangat buat dirinya untuk terus berkarya dengan lebih baik pada masa akan datang.
“Semoga ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk sha berkarya dengan lebih baik lagi,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Shila.
“Semoga lepas ni boleh berjaya lagi dan lagi. InsyaAllah Shilalas sentiasa doakan Shila.
“Keep up the good work babe. Fans anda di sini setia menyokong anda.
“Lah, sayangnya. Semoga Sha lebih kuat dan terus berkarya.
“Sayangnya, tak mengapa Shila. Allah akan ganti dengan yang lebih baik pada masa akan datang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Shila bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 menerusi lagu Pelukan Angkasa bersama band Sekumpulan Orang Gila (SOG).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi remaja, Iman Troye mendedahkan dia sebelum ini pernah dibuli selain tidak mempunyai rakan yang ramai ketika di bangku persekolahan.
Bagaimanapun Iman berkata, dia sebolehnya mahu mencari suasana yang baik ketika pengajian yang seterusnya membawa kepada keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Nang itu melalui sesi virtual bersama pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI pada Selasa.
Iman atau nama penuhnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin menambah, di sebalik kejayaannya mendapat keputusan cemerlang pada SPM 2019 dan mendapat sijil dekan, dia sebenarnya bergelut dengan pelbagai hal serta emosi.
“Waktu sekolah saya dulu tak indah sebenarnya. Saya pernah dibuli di sekolah. Memang tak ada kawan sangat. Tapi saya tak jadikan hal itu sebagai hal melemahkan semangat belajar.
“Jumpa kawan di sekolah baru, saya wujudkan kitaran positif yang betul dan mengajak kita untuk belajar.Saya bertekad untuk berjaya. Pada akhirnya ia juga berbalik soal rezeki serta restu ibu bapa.
“Pastinya dalam apa kita lakukan akan ada pergelutan itu ini. Bergelut zaman sekolah untuk persediaan ke universiti. Macam sekarang pun kena bahagi masa antara bekerja (menyanyi) sambil belajar Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam,” katanya.
Jelasnya lagi, dia sentiasa memujuk diri untuk belajar atau buat benda yang diminati.
“Bahkan saya turut berjumpa kawan yang ada minat sama. Kegembiraan itu pilihan, jadi buatlah benda yang disukai dan diminati.
“Jangan bagi pendapat jika tidak diminta atau ditanya. Jadilah pendengar yang baik untuk kawan. Kalau stres cari kawan dan luah. Saya jenis yang pentingkan kawan. Anda juga kena pentingkan kawan,” katanya.
Malah pada perkongsian sama turut dialu-alukan penyertaan pemenang peraduan Aku Pilih PTTI 2.0, Muhammad Haizul Ahmad yang memenangi motosikal Yamaha Ego. Tak ketinggalan Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali atau Cikgu Habib.
Adik Muhammad Haizul mengakui pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bukan satu proses mudah.
“Sebab itu saya pengaruh dan ajak kawan lain sertai PTTI.Berbulan bulan belajar pun tak faham. Malah rakan sekelas ‘join’ kelas pun tak penuh kedatangan.
“Selepas itu, pelbagai seminar dan video pun dapat disertai secara percuma. Saya sendiri boleh enjoy belajar sambil pasang lagu.
“Malah saya wujudkan kandungan video menarik di TikTok mengenai PTTI.Video pun ditonton ramai. Saya pun ajak kawan muat turun aplikasi dengan guna kod rujukan.
“Malah saya turut luangkan masa tiga hari untuk kongsi manfaat aplikasi dengan kawan lain. Bahkan ada sampai lima kumpulan WhatsApp yang saya bantu menerangkan kelebihan aplikasi,” katanya.
Muhammad Haizul mengakui dia sendiri bekerja sambilan sejak belajar di tingkatan tiga untuk mengumpul wang saku.
“Saya pernah bekerja di kafe kawan. Macam-macam lagi saya buat. Saya jenis kalau nak sesuatu takkan minta dengan ibu bapa.
“Saya juga melalui fasa dihakimi guru sekolah sendiri sebab bekerja sambilan. Sesekali saya manja dan hadiahkan diri dengan bermain ‘games’,” kata Muhammad Haizul.
Sejak memperkenalkan aplikasi terbabit, pusat itu rancak menarik perhatian pelajar dengan pelbagai cara.
Salah satu usaha demi menarik lebih ramai pelajar memuat turun aplikasi berkenaan, pusat ilmiah berkenaan turut menganjurkan
peraduan Aku Pilih PTTI dengan menawarkan hadiah lumayan dan menarik.
Kali pertama diadakan sekitar September ke pertengahan Oktober tahun lalu dengan menawarkan hadiah iPad. Kali kedua dianjurkan dari tempoh 30 Oktober hingga 30 November tahun lalu, ganjaran tempat pertama berupa motosikal Yamaha Ego selain iPad turut diberikan.
Penyampaian motosikal berkenaan juga sudah diserahkan kepada pemenangnya, adik Muhammad Haizul Ahmad berusia 18 tahun dari Jitra, Kedah baru baru ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan, Paya Kemunting itu menerima hadiah berkenaan menerusi wakil cikgu pusat terbabit (Muhammad Dzulfahmi Salehuddin) di kediaman keluarganyadi sana.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fanaberkata peraduan diadakan lebih bersifat mempengaruhi pelajar lain untuk belajar secara efektif dan percuma menerusi aplikasi ditawarkan.
“Konsep atau konteks yang mahu diketengahkan adalah lebih kepada misi PTTI nak lihat lebih ramai pelajar mendapat manfaat dari aplikasi terbabituntuk belajar dan peningkatan pemahaman dalam pembelajaran di mana mana.
“Semakin ramai pelajar itu mengajak kelompok rakannya untuk sama sama belajar dengan menggunakan aplikasi itu, semakin besar potensinya untuk menang.
“Situasi itu terjadi kepada Muhammad Haizul (pemenang motosikal). Sejak dilancarkan aplikasi ini sudah dimuat turun lebih 30,000 pelajar untuk menikmati pembelajaran percuma. Yang menyertai peraduan pula sekitar anggaran5000 pelajar,” katanya.
Tambah Cikgu Fana lagi, pusat kelolaannya itu sedang melancarkan kempen #SediaAwal yang memfokus kepada pelajar Tingkata 4 yang bakal melangkah ke Tingkatan 5 pada bulan Mac depan.
“Menerusi kempen itu mereka dapat belajar secara percuma menerusi aplikasi itu dan boleh mendapatkan lebih 100 video pembelajaran percuma untuk persediaan awal. Malah duta kami, MK Clique dan Iman Troye juga menyokong usaha ini.
“Mereka percaya dalam bidang lakonan dan nyanyian juga memerlukan persediaan lebih awal sebelum membuat persembahan supaya dapat memberikan yang terbaik.
Begitu juga dalam peperiksaan. Kita nak kurangkan budaya ‘last minute’ di kalangan pelajar.
“Pada mada sama kami melancarkan peluang membantu rakan pelajar SPM dan tingkatan 1 hingga 4 untuk memuat turun aplikasi danbelajar secara percuma serta berpeluang memenangi iPad setiap minggu dari 2 Februari hingga 31 Mac depan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...