Ads

Tak Masuk Akal, Lelaki 29 Tahun Mengaku Anak Kepada Aishwarya Rai

Terkejut MH bila mendapat tahu tentang berita seorang lelaki berusia 29 tahun mengaku bahawa dirinya merupakan anak kepada heroin Bollywood terkenal, Aishwarya Rai.

Menurut sumber lelaki yang bernama, Sangeeth Kumar berkata dia dilahirkan pada tahun 1988 di London melalui kaedah persenyawaan In Vitro (IVF) dan kemudiannya dibesarkan di Chodavaram oleh saudara maranya.

Tak Masuk Akal, Lelaki 29 Tahun Mengaku Anak Kepada Aishwarya Rai

Ads

Apa yang menariknya pada tahun 1988, Aisywarya Rai baru sahaja berusia 15 tahun ketika itu.

“Ibu bapa kepada Aishwarya Rai telah menjaga saya sehingga berusia dua tahun dan selepas itu saya dibawa ke Chodavaram.

 

“Selama saya membesar, saudara mara saya telah merahsiakan identiti saya dan saya telah bertungkus lumus berusaha untuk mencari kebenaran ini.

 

“Sekarang saya sudah tahu bahawa dia adalah ibu saya. Saya mahu berjumpa dengannya dan saya berharap dia mahu tinggal bersama saya di Mangaluru,” kata Kumar menceritakan bahawa dia adalah anak kepada Aishwarya Rai.

Tak Masuk Akal, Lelaki 29 Tahun Mengaku Anak Kepada Aishwarya Rai

Ads

Menurut sumber lagi, Kumar akui sangat merindukan ibunya tapi enggan melawatnya di Vishakapatnam.

Berita ini telah mengejutkan ribuan peminat kepada Aishwarya Rai dan mereka semua tertanya-tanya bagaimanakah reaksi pelakon tersebut setelah mengetahui tentang dakwaan Kumar yang mendakwa dirinya adalah anak kepada pelakon itu.

Ads

MH pun tertanya-tanya betul ke Kumar ni anak kandung Aishwarya Rai? Tapi sejauh mana kebenarannya masih belum dapat dipastikan.

Sumber : India Today

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terus Terbang Tinggi, Kami Merayakan Kemenanganmu,” – Dedikasi Buat Misha Omar...

Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.
error: Hello. Cannot.