“Tak Malu Naik Pengangkutan Awam,”- Kongsi Foto Naik MRT, Maya Karin Terima Pujian

Share

Baru-baru ini, menerusi entri di Instagram milik pelakon, Maya Karin ada memuat naik berkongsi beberapa keping foto bersama pengikutnya.

Bintang filem Pisau Cukur itu telah berkongsi foto ketika dirinya menaiki pengangkutan awam Mass Rapid Transit (MRT).

“Yo wassup?! Pengurus n me saje say hello l Esp to those yang naik mrt/lrt,” tulisnya.

Dalam pada itu, perkongsian Maya mendapat pujian daripada peminat.

Rata-rata peminat memuji sikap Maya yang bersederhana menaiki MRT meski bergelar selebriti terkenal.

Foto: Instagram Maya Karin

IKLAN