Penyanyi yang popular menerusi lagu Kata Akhirmu, Ariff Bahran tidak menafikan dia sudah dapat menjangka apabila dirinya berada di posisi paling bawah dalam saingan minggu pertama Big Stage yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD pada Ahad.

Katanya, jangkaan tersebut mulai dirasai apabila dia sendiri mengakui ada melakukan beberapa kesilapan ketika mendendangkan single popularnya itu, terutamanya dari segi kegagalannya dalam mengawal suara dengan baik kerana terlalu gementar.

“Saya sudah jangka akan berapa dalam kelompok tiga paling bawah. Saya berdepan dengan masalah gementar. Malah, menerusi segmen kapsul Big Stage lagi saya sudah ada perasaan tersebut, tapi tak tunjuk.

 

“Masa menyanyi tadi pun saya sukar nak kawal vokal, tangan masuk dalam poket dan sebagainya. Jadi apabila Faizal Tahir dan Tok Ti (Datuk Seri Siti Nurhaliza) berikan komen, saya setuju dan ambilnya dari sudut positif. Saya terima dan kalau terkeluar pun saya sudah sedia sebab memang ada buat silap,” kongsinya kepada MH.

Ariff ditemui sejurus selesai minggu pertama saingan program realiti muzik itu yang turut menyaksikan penyanyi Sissy Iman mengungguli keputusan dari kalangan sembilan peserta lainnya.

IKLAN

Ditanya sama ada dia terkesan dengan komen Faizal Tahir yang ada memaklumkan dirinya perlu ubah persepsi apabila dikatakan enggan terlibat dalam Big Stage andai Haqiem Rusli turut sama dalam pertandingan itu, Ariff mengakui secara tidak langsung teguran tersebut menjadikan dirinya lebih bermotivasi.

IKLAN

“Saya tidak terkesan malah setuju dengan pandangan yang diberikan Faizal. Ada betulnya apa yang diperkatakanya. Mereka semua adalah rakan-rakan saya dan ini juga merupakan sebuah pertandingan. Jadi saya perlu cabar diri sendiri.

 

“Sebenarnya ia merupakan suatu movitasi untuk saya juga untuk set minda yang lebih baik. Tak terkesan, tapi feel a lot better,” jelasnya lagi.

Selain Ariff, dua penyanyi seangkatan lain yang turut tersenarai di kedudukan tiga terbawah ialah Tajul dan Baby Shima.

IKLAN

Foto: Instagram FT, Ariff Bahran

https://www.instagram.com/p/BmGp8hCHadw/?hl=en&taken-by=ariffbahran

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI