Fenomena Keke Challenge, iaitu menari sambil dilatari dengan lagu dendangan Drake di luar kereta yang bergerak menjadi ikuti ramai. Malah, para selebriti di negara ini turut tidak terlepas daripada melakukan perkara sama.

Antara yang paling mencuri tumpuan netizen ialah versi yang dilakukan Sarah Raisuddin, Fasha Sandha, Hafidz Roshdi, Elite dan ramai lagi.

Bagaimanapun, pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat mengakui setakat ini dia tidak berminat untuk melakukan perkara sama. Sebaliknya, dia hanya lebih teruja untuk melakukan video untuk menjual produk jenamanya sahaja.

IKLAN

Katanya yang ketika dihubungi MH, dia juga tidak mahu melakukan apa yang dibuat orang lain. Sebaliknya dia lebih selesa untuk menjadi diri sendiri apabila menjual produk menerusi video yang dilakukan.

IKLAN

“Ramai yang kata saya gedik dan macam-macam. Tapi saya tidaklah sampai nak lakukan Keke Challenge. Setakat ini memang tidak berminat untuk sahut cabaran tersebut. Saya tak mahu apa yang orang lain sudah buat. Lebih baik saya buat video cara sendiri dalam jual produk,” katanya jujur.

“Tak Mahu Buat Apa Yang Orang Lain Sudah Buat,” – Sajat Tak Berminat Nak Buat Keke Challenge

IKLAN

Bagaimanapun, dia sendiri mengakui cabaran tersebut memang catchy dan seronok untuk ditonton.

“Apa pun saya tidak nafikan, Keke Challenge memanglah seronok ditonton. Lagunya pun sedap didengar. Kalau ada yang buat, itu cara dan masing-masing berhak memberikan pandangan. Saya okay saja. Cuma belum berminat nak buat,” terang Sajat yang turut memberitahu dia sedih dengan pelbagai kecaman netizen meski apa yang dilakukan tidaklah melampau seperti disangka.

 

“Entahla. Saya hanya niat untuk jual barangan. Misalnya dalam jualan bengkung memanglah kena pakai dari luar untuk tunjuk cara guna. Jadi mahu tidak mahu saya kena buat demonstrasi dengan pakai bengkung tersebut. Tak kan nak pakai dari dalam. Orang mana nampak,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi Makhluk Penggoda ini bakal mengadakan majlis kesyukurandi kediamanannya, pada Sabtu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI