“Tak Lalu Nak Letak Gambar Sebelum & Selepas…,” – Scha Alyahya Tolong Potong Rambut, Awal Ashaari Kongsi Hasil Sentuhan Isteri

Share

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari ada berkongsi beberapa posting dengan memberi dedikasi terhadap isteri, Scha Alyahya selepas berjaya memotong rambutnya.

Rambut yang sudah mulai panjang kerana tidak dipotong selepas premis perkhidmatan memotong rambut tidak beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, Awal turut memuat naik beberapa video terkait menerusi Insta Stories miliknya.

Pada masa sama, pasangan tersebut turut mendapatkan nasihat serta tutorial cara memotong rambut lelaki dari pendandan rambut terkenal, Bambang Soteto.

“Tak lalu nak letak gambar sebelum dan selepas, so kita letak gambar selepas dan sebelum.

”Thanks to @schaalyahya from #Schaloon and @bambangsoteto for the online tutorial,” tulis Awal menerusi salah satu entrinya di Instagram.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Lara Alana pada 22 Julai 2014.

Foto: Instagram Awal Ashaari

IKLAN