Penyanyi Hafiz Suip menerusi Instgaram ada berkongsi pandangan mengenai ‘body shaming’ yang melibat soal kritikan terhadap figura seseorang.
Menurut Hafiz atau nama sebenarnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip menjelaskan figura kurus pun tidak terlepas daripada hal tersebut.
“Body shaming… Aku ingatkan perkataan ni untuk oranf gemuk je. Rupanya orang kurus pun kena jugak.,” kongsi Hafiz.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, penyanyi berusia 31 tahun ini turut meminta warganet untuk tidak melibatkan orang dalam hal membabitkan dirinya.
Ads
“Sebelom kita tido jom kita bermaaf maafan dulu..saya maafkan korang semua baik tak kenal maupun yang kenal. Macam-macam saya dapat hari ni maupun yang baik atau yang buruk.
“Tak kisah lah korang nak cakap apa tentang saya tapi jangan libat kan orang lain mahupun keluarga saya.
“Cakap-cakap pasal saya ni dah biasa sangat gais, nama pun artis ye dok. Yeke artis?,” tulisnya.
Umum mengetahui, penyampai radio Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG meninggalkan stesen radio Kool FM dan kembali menjalankan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM, pada Khamis.
Sebagai rakan penyampai, Rohaizah Hanafi atau lebih dikenali sebagai Haiza meluahkan rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan AG setelah 5 tahun berkerjasama.
Dalam pada itu, Haiza ada mengimbau momen sepanjang berkerjasama dengan AG sebelum ini menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“AG Sign Off From Kool FM Bila semua dah terungkai, saya orang yang paling sedih. Saya tau @heymuazkoolfm pun sama cuma dia tak tunjuk.
“Kita perempuan boleh la menangis, lelaki tak mungkin tunjuk.
“Perjalanan kami bertiga untuk AHM terhenti di sini. Moga sahabat saya @ag_azmeer terus terbang tinggi dan dapat membawa @hotfm976 lebih jauh. Kat sana dia akan dengar suara saya jugak sebab ada kembar suara saya @therealfafau.
“Terima kasih yang menyokong Ag&Haiza sampailah AHM (Ag.Haiza.Muaz) @koolfmmy #AHMKoolfm #completeeachother #aghaizamuaz,” tulisnya.
Sekadar informasi, Haiza turut digandingkan dengan rakan penyampai Muaz selain AG untuk segmen Suara Semasa yang sebelum ini dikenali sebagai segmen Pagi Hari Di Kool (PHD).
Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Haiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan sambutan Hari Coklat Sedunia, penyanyi Ahmad Imran Ahmad Husaini Ajmain atau lebih dikenali sebagai Imran Ajmain mendedahkan satu kisah menarik.
Rupa-rupanya, penyanyi yang sinonim dengan lagu Seribu Tahun ini pernah terlibat dalam iklan komersial produk biskut kanak-kanak, jenama Ding Dang yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Jelasnya, dia mendapat tawaran berlakon iklan berkenaan kerana berjiran dengan aktor dan pelawak legenda, Mat Sentul.
“Sewaktu kecil, saya bertuah dapat berjiran tetangga bersama pelakon/pelawak Mat Sentul.
“Pada dekad 80an, beliau rancak dengan produksi iklan makanan ringan yang dinikmati kanak-kanak.
“Lalu saya ditawar peluang untuk muncul dalam beberapa iklan TV produk Ding Dang, Tora, JoJo dan banyak lagi,” tulisnya di Instagram.
Malah, Imran memberitahu peluang yang dimilikinya itu merupakan satu momen yang cukup indah.
“Dan kerana itu, kami di rumah tidak pernah kekurangan makanan ringan. Sentiasa ada bekalan baru, perisa baharu, mainan baharu untuk dikumpul.
“Tora datang lagi dengan…” — cogankata ini khusus buat kami sahaja dan jajanan ini diberi nama kolektif “apa apa”. Nak beli “apa apa” di kedai runcit. Hari hari nak beli “apa apa”.
“Sempena Hari Coklat Sedunia, saya bukan sahaja meraikan coklat tetapi kenangan makanan ringan dan iklan-iklan yang mengiringi zaman kanak-kanak kami untuk semua generasi 70-80an.
“Here’s to us! We made it to 2021. Siapa masih ingat lagi?,” tulis Imran lagi.
Pelakon, Balkisyh Semundur Khan bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk kembali mewarnai industri seni tanah air meski pernah terpalit dengan isu kontroversi sebelum ini.
Menurut Balkish,35, dia yang tidak dapat menahan sebak menjelaskan, pengalaman hidup yang mengerikan sebelum ini telah membuatkan dirinya hilang semangat untuk meneruskan kerjaya dalam lakonan.
“Sebelum perlaksanaan (Perintah Kawalan Pergerakan) PKP, saya ada pengalaman hidup yang mengerikan. Sepanjang tempoh itu, saya melakukan beberapa kesilapan di dalam dunia industri yang membuatkan orang tidak mahu lagi mengambil saya berlakon.
“Saya sendiri tak tahu mengapa dan mungkin ada berlakunya perselisihan faham. Saya akui segala kesalahan yang telah saya buat. Saya tak pernah anggap diri saya sempurna.
“Pada saya perkara tersebut mungkin kecil tapi pada orang lain ia besar. Ia sekali gus memberi impak terhadap kerjaya saya. Pada masa saya juga belum bersedia untuk kembali semula ke dalam dunia industri sepanjang tempoh tersebut.
“Ada satu ketika saya sendiri reda sekiranya saya tidak akan kembali di dalam dunia seni,” katanya kepada MH.
Balkish berkata sedemikan di sidang media drama Lockdown secara virtual pada Selasa.
Dalam pada itu, Balkish turut memberithau, kehidupannya juga telah banyak berubah sejurus menerima tawaran untuk membintangi drama berkenaan.
“Saya teruskan kehidupan dengan berniaga. Saya join orang-orang berniaga tepi jalan. Saya juga pernah meniaga air balang di Singapura. Saya happy dengan life saya.
“Dah jadi takdir Allah nak ubah rezeki saya dan kebetulan pula sewaktu PKP kita tak boleh berniaga dan tiada pendapatan yang masuk. Dengan kuasa Allah, Dia ubah segalanya. Berkakhirnya PKP 1.0, saya terima pelbagai tawaran drama.
“Drama Lockdown ini merupakan drama pertama saya selepas lama berehat. Saya sendiri tak sangka. Perancangan Allah itu seperti mengatakan dia mahu saya berlakon semula,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Balkish turut menyifatkan fasa ‘lockdown’ banyak mengajarnya untuk kembali insafi diri.
“Hikmah PKP ini seperti Allah nak beri saya tempoh bertenang. Pandemik ini mengajar saya supaya tidak terlalu mengikut perasaan dan memikirkan mengenai orang sekeliling.
“Tempoh pandemik ini banyak menyedarkan saya untuk kembali ke pangkal jalan. Disebabkan itu saya melakonkan drama Lockdown ini dengan sepenuh hati,” akhirinya.
Lockdown merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada latar sebenar kisah realiti berkenaan situasi sukar yang perlu diharungi oleh segenap masyarakat sejak diuji dengan penularan pandemik Covid-19.
Drama ‘Lockdown’ akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 26 Julai 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.
Selain Balkish, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila huda, Fahrin Ahmad, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.