Tak Khianat, Boleh Dipercayai & Pasti Tak Rampas Teman Lelaki, Kak KM Selesa Kongsi Cerita Dengan Ibu

Share

Usahawan sensasi, Liana Rosli telah meluangkan masa bersama ibu tercinta, Normah Damanhuri semalam.

Kongsi Liana atau mesra disapa Kak Km, dia bersama ibunya sedang menikmati makan malam di sebuah restoran sambil berkongsi cerita bersama.

“Kongsi cerita dengan mak adalah orang yang paling tepat dan boleh dipercayai.

“Dia takkan khianati engkau, dia takkan salahkan engkau, dia akan sokong engkau. 
Boyfriend ko pun dia takkan ambik !!! Itulah emak aku @normahdamanhuri,” tulisnya.

Foto tersebut melihatkan keakraban dua beranak itu sedang santai dan gembira bersama.

Dalam pada itu, Normah yang juga pernah memegang gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (Anugerah Skrin 2018) bersyukur kerana dianugerahkan anak seperti Kak Km.

Dinner #wagyu .. Terima kasih anak Mak @km_lianarosli,” tulisnya ringkas. 

Foto : Instagram Liana Rosli, Normah Damanhuri

IKLAN