“Tak Kesian Ke Orang Kerja 8 Pagi Ke 8 Pagi?”- Aduhai…Tiz Zaqyah Mengapa Tu?

Share

Pelakon Tiz Zaqyah telah menulis satu twit yang berunsur negatif menerusi akaun Instagram miliknya. 

Aktres yang pernah membintangi dalam drama Nur Kasih itu telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebuah syarikat produksi. 

“Tak faham lah production yang janji pasal payment. Kalau tak ada duit, ada masalah, bagitahu. Bukan buat semua orang menunggu. Tak kesian ke orang kerja 8 pagi ke 8 pagi???” tulisnya. 

Lantas, kata kata Tiz itu menjadi perhatian netizen dan rakan rakan artis. Malah menasihati Tiz untuk sentiasa bersabar dan bertenang. 

Kepada Tiz, semoga semua urusan Tiz dapat diselesaikan dengan cara dan dipermudahkan. 

Foto : Twitter Tiz Zaqyah

IKLAN