Sering memuat naik penampilan dirinya yang kian mengancam dari sehari ke sehari membuatkan penyanyi, Sarah Raisuddin rasa lebih yakin diri dan selesa untuk bertemu dengan sesiapa sahaja.

Mengakui dia kini cukup mengambil berat soal penampilan diri meski sudah mempunyai tiga cahaya mata, penyanyi Kesetiaan ini turut menafikan dia berubah kerana mahu menjaga hati suami semata-mata.

“Tak Kanlah Sampai Nak Ambil Remote Control TV Pun Tak Larat…Malas?”- ‘Throwback’ Sarah Fasal Sikap Lama

IKLAN

“Saya akui, meski cuba untuk grooming, masih ada yang memberi pandangan skeptikal. Bagi saya, kelompok sedemikian mungkin baru mengenali saya dalam industri kurang mengenali saya. Saya datang dari mana dan bagaimana dengan penampilan saya saat awal kemunculan. Ramai yang buat kritikan itu dan ini yang secara tidak langsung membuatkan diri ini tekad mahu ubah penampilan kepada yang lebih baik.

 

“Dari beri komen atau datang kepada saya hanya untuk kecam dan ‘membawang; saja, itu tiada guna,” katanya kepada MH selepas ditanya mengenai apakah cabaran dilalui sepanjang mencari imej terbaik buat dirinya.

Kongsi Sarah lagi, dia juga tidak ubah penampilan demi suami sahaja, sebaliknya adalah untuk membuatkan diri tampil lebih yakin,memandangkan dia kembali aktif dalam seni.

“Tak Kanlah Sampai Nak Ambil Remote Control TV Pun Tak Larat…Malas?”- ‘Throwback’ Sarah Fasal Sikap Lama

IKLAN

“Saya sedar, ada segelintir wanita yang rasa kurang keyakinan diri apabila sudah memiliki anak. Tapi bila saya sendiri yang alami, rasa tekad untuk berubah itu kuat. Berat badan saya naik, suara saya hilang dan sebagainya.

 

“Tak kanlah sampai nak ambil remote control tv pun tak larat… malas. Jadi sebab itu saya tanam dalam diri mahu berubah. Saya ni pun dah la sejenis ‘bonzai’. Jadi kalau nak berubah tu, kena buat untuk diri sendiri,” seloroh Sarah yang bakal melancarkan single terkininya tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Sarah juga turut terlibat dalam program Mentor Otai dan semalam, salah seorang protogenya, Ayie terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada program realiti itu apabila diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir dalam saingan.

IKLAN

Foto: Instagram Sarah

https://www.youtube.com/watch?v=rT8Xn0eYIe0&t=145s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI