Baru-baru ini, pelakon Abby Abadi dan anak bongsunya, Maria Danisha telah dijemput sebagai selebriti undangan untuk sebuah program masakan yang akan ditayangkan di televisyen.
Malah, klip-klip sewaktu penggambaran turut tular di seluruh platform media sosial.
Antara momen yang menarik perhatian netizen apabila Abby dan Maria dilihat sama-sama menitiskan air mata ketika program sedang berlangsung.
Susulan video tersebut, timbul pula dakwaan daripada seorang netizen yang mengatakan Abby menitiskan air mata kerana kini hanya Maria sahaja yang akan menjadi satu-satunya anak perempuan harapan keluarga.
Lantaran itu, Abby tampil memberikan reaksi balasnya dengan mengatakan dakwaan tersebut tidak benar dan video berkenaan juga telah disalah tafsir.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, sebagai ibu, dia tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap kesemua anak-anaknya.
“Mana dapat kenyataan ini? Saya tiada cakap macam itu pun. Anak-anak semua saya layan sama rata.
“Tak pernah lebihkan siapa pun.
Baik yang kecil, baik yang besar ya,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia sentiasa mendoakan agar anak-anaknya itu dilindungi Allah dalam apa jua perkara yang mereka lakukan.
“Tak pernah berharap apa pun. Cuma sentiasa berdoa Allah jaga mereka. Satukan hati kami hingga ke Syurga Firdausi,” katanya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sifat keibuan yang ditunjukkan Abby selain turut mendoakan semoga keluarga ini terus harmoni sampai bila-bila.
“Netizen mulut celupar. Cakap macam tahu semua benda. Padahal tengok daripada luaran sahaja tapi perspektif jauh sampai ke dalam. Akhirnya, malu sendiri.
“Abaikan sahaja mulut orang yang tiada insurance tu.
“Kita doakan yang terbaik. Perjalanan anak-anak masih panjang. Masih banyak duri ranjau di atas dunia ini. Semoga terus dalam jagaan Allah.
Ads
“Baby makin lawa,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, nama puteri sulung Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa yang juga merupakan model dan pempengaruh kembali hangat selepas didakwa telah berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand dengan lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.
Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga sekitar Disember tahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah.
Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan ahli keluarga Marissa sendiri.
Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan atau menafikan pernikahan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selena Gomez akhirnya menoktahkan teka teki ramai tentang hubungan cintanya dengan Benny Blanco apabila memuat naik gambar mesra mereka bersama di akaun Instagramnya.
Selena sebelum ini mencipta fenomena apabila kisah cintanya bersama Justin Bieber kekal disebut sehingga kini biarpun masing-masing sudah mebawa haluan berbeza.
Jadi siapakah gerangan Benny Blanco yang berjaya mencuri hati pelakon dan penyanyi terkenal ini? Jom kita lihat 10 fakta mengenainya:-
Semoga kasih sayang Benny memberi titik noktah kepada kisah cinta Selena dan berakhir di jenjang pelamin!
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Amira Othman, salah seorang dari bekas bintang realiti Akademi Fantasi yang kini namanya semakin menyinar. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jaga-Jaga’ dan Mimpi Indah tampak cantik dan bebas jerawat, rahsianya amal makan oren dan minum 8 gelas air kosong sehari.
Pelakon utama I Love U Abang Bomba ini dilihat mempunyai kulit yang cantik tanpa ada sebarang masalah. Wanita cantik berasal dari Johor ini tidak lokek berkongsi rahsianya menjaga kecantikan wajah dan kekal menawan.
Kulit muka saya jenis yang sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, saya mengambil langkah untuk tidak mengenakan sebarang solekan yang sembarangan. Saya hanya menggunakan label solekan Clinique atau produk berasaskan mineral atas saranan doktor.
Saya hanya mengamalkan pengambilan buah-buahan. Tambahan lagi, buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya cuba menghabiskan lapan gelas air kosong sehari.
Memandangkan kulit saya sangat sensitif, saya cuma dibenarkan memakai Cetaphil sebagai pencuci dan penyegar manakala krim pelembap yang berasaskan mineral.
Buat masa ini, saya mengamalkan Blackmores untuk penjagaan kulit dan menambah tenaga agar cergas sentiasa.
Waktu senggang saya memang jarang bersolek, dan hanya bersolek pada waktu kerja sahaja. Jika keluar bersama teman-teman, selalunya saya hanya akan mengenakan pensel kening disebabkan memiliki kening yang tebal dan harus disikat dengan teliti.
Lazimnya, saya akan mengunjungi pusat perawatan kecantikan untuk urutan badan atau kepala saja. Memandangkan saya sering diserang migrain, jadi saya mengunjungi spa setiap dua minggu sekali.
Pemerah pipi, gincu dan pensel kening.
Pada saya, cantik ini sesuatu yang subjektif. Muslimah itu cantik apabila dia sentiasa menjaga setiap gerak-gerinya. Perlu berkeyakinan, pertuturan yang matang juga bijak, juga yang sentiasa menjaga imej diri.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pentas Akhir Bintang RTM 2024 menyaksikan finalis Roxy Ixzy telah dinobatkan selaku juara.
Cemerlang menerusi dua tugasan iaitu solo dan duet, Roxy berjaya mengetepikan lima finalis lain sekaligus membolot hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM78,000, sebuah kereta Proton Iriz dan trofi.
Jumlah wang tunai tersebut merupakan simbolik kepada ulang tahun RTM yang ke-78.
Naib juara pula telah disandang oleh finalis Dania sekali gus menerima hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 dan trofi.
Sementara itu, finalis Hady Huv berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi selaku pemenang tempat ketiga.
Malah, Hady juga diumumkan selaku pemenang bagi Anugerah Juri Jemputan yanh turut membawa pulang RM1,000.
Manakala tempat keempat pula dimenangi oleh Feka. Melengkapkan senarai pemenang ditempat kelima dan keenam pula ialah Eylia Guntabid dan Joy.
Ketiga-tiga mereka menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi.
Sementara itu, pemenang bagi ketegori Bintang Paling Popular pula telah dimenangi oleh Jon sekali gus menerima hadiah wang tunai RM10,000.
Pentas Akhir BRTM2024 telah berlangsung dengan gilang gemilang di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Pada malam ini, kesemua peserta telah diadili oleh dua juri tetap Datuk Syafinaz Selamat dan LY manakala dua penyanyi terhosor tanah air Aina Abdul dan Ernie Zakri pula selaku juri undangan.
Pentas Akhir BRTM2024 yang dihoskan l gandingan pengacara Awal Ashaari dan Sissy Iman turut digamatkan lagi dengan persembahan daripada penyanyi Indonesia, Anggi Maroti, Aina Abdul dan Ernie.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...