Tak Dapat Ke Oversea, Shopping Di Pavilion, Datuk Aliff Syukri Rasa Sedih – “Bila Lah Boleh Bebas Macam Dulu.”

Share

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila terpaksa menjalani kehidupan dalam norma baharu seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan selepas melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bagi melandaikan penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Sepanjang perlaksanaan PKP 3.0, pihak kerajaan turut menetapkan beberapa syarat kepada orang ramai termasuk tidak membenarkan untuk melancong ke luar negara.

Oleh itu, usahawan berusia 34 tahun ini berkongsi rasa berhubung perkara tersebut bersama pengikut di laman media sosial Instagram.

Bukan itu sahaja, Aliff memaklumkan dia juga masih tidak berpeluang untuk membeli belah di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion.

Umum mengetahui, usahawan berjaya ini turut memiliki seunit kediaman mewah di kawasan berkenaan.

“Bila lah boleh bebas mcm dulu tak leh gi oversea dpt gi shopping kat pavilion pun sy dah happy.

“Ni rumah sy kat pavilion nak gi pavilion pun tutup. Rasa tak sanggup nak tunggu bulan 10 lamanya kenapa boleh jadi macam ini Malaysia?? @shahidadherbs,” tulisnya.

Foto: Instagram Aliff Syukri

IKLAN