Tiada kata dapat diungkapkan melihat penderitaan yang dialami bayi berusia setahun tiga bulan, Syifa yang mengalami komplikasi kesihatan Hydrocephalus (kondisi penumpukan cairan di dalam otak).
Malah, bayi ini turut sumbing dan buta sewaktu dilahirkan.
Penyampai radio, Abby Fana menerusi ruangan kapsyen di Instsgram menyatakan pernah melawat adik Syifa Ramadan tahun lalu, namun perkembangan terkini bayi kecil ini cukup menyayat hati.
“Menginsafi & Mensyukuri
Ads
“Baby Syifa dilahirkan dgn komplikasi kesihatan; hydrocephalus, sumbing & buta. Pertama kali k.bed & geng biro kebajikan ukhwah muslimat putra heights @umph menziarahinya ialah pd Ramadan 2018 (gambar 1 & 2).
“Ahad lepas kami berpeluang menziarahinya kembali…lihat gambar 3…kondisi terkini Syifa ? K.bed ckp pada ibunya Pn.Safiah…Inilah Syurga awak, ada di depan mata…terus mata kami berkaca.
Ads
“Difahamkan doc tidak dpt buat pembedahan krn terlalu tinggi risiko… Mohon doa utk Syifa yg kini berusia 1 tahun 3 bulan ya,” tulisnya.
Penceramah terkenal,Ebit Lew meluahkan rasa syukurnya apabila kedatangan bulan Ramadan sudah tiba.
Malah, Ebit ada berkongsi video bersama isteri dan anak-anaknnya yang saling bersalaman dan mencium antara satu sama lain sebagai simbolik kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan.
“Saya bisik pada bidadari saya sambil pegang tangannya.. Selamat menyambut Ramadhan bidadari sayangku. Terima kaseh tau sebab sentiasa doakan abang. Syukur tak sabar malam ni dah tarawih.
“Tibalah saat Allah nak beri kita hadiah tak berhenti-henti. Baiknya Allah..maha baik.. Dah terasa sejuk dan tenang Ramadhan. Ya Allah terima kaseh.
“Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa..kita cuma orang biasa dan bukan sesiapa tapi dia pilih kita lagi..untuk bersama dalam bulan Ramadhan. Kenal dan sebut namaNya
“Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah..anak mencelah ayah. Bestnya kalau kita lapar kerana Allah. Sebab Allah sangat baikkan ayah? Dia bagi semua. Bestnya kita dapat belajar sayang pada orang miskin dan anak yatim
“Teringat Nabi saw lapar dan susah demi agama sampai pada kita..bestnya dapat buka puasa ramai-ramai.. Ya Allah….Malam Ramadhan saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.terimaKasehAllah
“Doa kita makbul…Doa itu ajaib.. 2 waktu jangan terlepas berdoa.
Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat,” tulisnya.
Selain itu, Ebit juga memberi nasihat buat masyarakat di luar sana agar perbanyakan amalan menjelang bulan mulia ini.
“Jaga solat Fardhu awal waktu. Solat tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa dari hati dengan rendah diri dan faham apa yang di doakan. Solat Subuh berjemaah di masjid.
“Baca Al-Quran sama-sama.
Dalam syurga, Mak ayah kita diberi mahkota yang bercahaya dan pakaian yang lebih mahal dari dunia. Bila ditanya kenapa kami diberi pakaian ini. Diberitahu ini kerana bacaan Al-Quran anak kamu.
“Bawalah isteri dan anak-anak sama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz. Baca Al-Quran sebelum Subuh.
Keduanya jangan lupa banyak berdoa terutama sebelum berbuka. Sebelum masuk waktu Maghrib. Doalah panjang-panjang. Minta pada Allah
“Cari orang miskin dan anak yatim. Bantu keluarga kita yang susah. Didik anak ingat korban Nabi saw dan sahabat rhum. Semoga Allah terima kita semua,” nasihat Ebit.
Dalam perkembangan lain, Ebit baru sahaja selesai mengadakan ceramah di Melaka malam tadi.
Oleh itu, mari sama-sama kita tingkatkan amalan menjelang Ramdan Al-Mubarak ini.
Selamat berpuasa!
Video : IG Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sekeping foto dengan hidangan berbuka penuh di atas meja, suami kepada Jojie Aminuddin meluahkan penghargaan isteri atas usaha menyediakan makanan berbuka.
Namun dia menjelaskan tidak menggalakkan isteri kesayangan memasak atau melakukan tugasan rumah sejak hari pertama perkahwinan kerana ia adalah tugas suami.
“Sejujurnya saya tidak menggalakkan isteri kesayangan saya @JojieAminuddin untuk memasak atau melakukan kerja rumah sejak hari pertama perkahwinan. Tanggungjawab suami bukan? ? Tetapi semalam saya terima mesej Whatsapp, makanan berbuka puasa sudah siap sepenuhnya.
“Alhamdulillah sedap sehingga saya menambah nambah manakala @YangMaryam pula berbuka puasa dengan makanan kegemarannya Spaghetti Bolognese. Puan @JojieAminuddin terima kasih ya.
“Tiada apa yang saya pinta, cukup dengan kebahagiaan ini Alhamdulillah ? (Orang didalam gambar bukan isteri saya, harap maklum,” tulisnya.
Jojie yang juga merupakan kakak dan pengurus kepada Ratu Rock Negara, Ella bernikah dengan Syahrizal Ismail yang 14 tahun lebih muda daripadanya pada 5 Jun 2015.
Pasangan ini kemudiannya mengambil anak angkat, Maryam Syahrizal selepas dua tahun berkahwin.
Beruntunglah bagi isteri yang memiliki lelaki yang memahami dan tahu tanggungjawab sebagai seorang suami.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.