Ads

“Tak Dan Dio Nok Tipu, Mujur Sayo Panggil Lawyer Datang” – DSV

Kes hampir ditipu sekitar RM30,000 oleh individu tidak bertanggungjawab melibatkan pengasas kecantikan, Datuk Seri Vida (DSV) nyata membuatkan anak jati Kelantan ini lebih berhati-hati pada masa depan.

Berikutan kes penipuan yang berlaku terhadapya, MH telah menghubungi DSV atau nama sebenarnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengenai situasi sebenar yang berlaku.

Katanya, dia hampir ditipu sekumpulan lelaki yang cuba memperdaya dengan cara membuat panggilan telefon kepadanya.

Ads

DSV juga berkongsi, mereka memaklumkan akaun peribadinya telahdibekukan kerana mempunyai tunggakan pinjaman peribadi bernilai RM30,000 di cawangan Karmunsing, Kota Kinabalu, Sabah.

“Tak Dan Dio Nok Tipu, Mujur Sayo Panggil Lawyer Datang” – DSV

Ads

“Saya terkejut sebaik dimaklumkan akaun berkenaan terpaksa dibekukan kerana ada individu telah cuba menyalahgunakan akaun terbabit bagi aktiviti berkaitan dadah.

 

 

“Orang yang terbabit itu juga mempunyai kad ATM saya. Haa.. saya mana pernah guna kad ATM. Saya cuba hubungi peguam saya secara senyap dan meminta dia mendengar perbualan berkenaan sehingga perbualan bersama penipu-penipu itu dihentikan kerana kehabisan bateri,” luah Vida yang turut memberitahu, cara licik penipuan tersebut sering kali berlaku.

 

 

“Peguam ada maklumkan, kes seumpama itu sudah banyak berlaku dan tidak sangka saya sendiri turut terheret sama dengan penipuan berkenaan. Tak dan dio nok tipu. Mujur sayo panggil lawyer datang,” Ujar Vida.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu I Am Me ini juga sempat mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan dan berhati-hati agar perkara yang sama tidak menimpa orang lain pada masa depan.

Ads

“Jangan mudah terpedaya, jangan jawab telefon. Tapi diorang ni macam ada ilmu lah supaya kita terperangkap dengan dengan ayat mereka,” akhiri Vida.

Fuhh… geram sungguh MH bila mendengar DSV berkata apabila sudah ramai yang tertipu dengan sindiket ini. Semoga pihak berkuasa dapat mengekang kegiatan sedemikian supaya orang ramai tidak terpedaya dengan tipu helah penipuan bagi mendapatkan duit secara mudah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Syafinaz Tegas Jawab Isu Komen Terhadap Nubhan, Minta Netizen Jangan ‘Over...

Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.
error: Hello. Cannot.