“Tak Buat IG Untuk Anak-Anak Ibu Sebab Ayah Tak Izinkan,” – Fasha Jelaskan ‘Baby Girl’ Tiada Akaun IG Rasmi

Share

Pelakon Fasha Sandha memaklumkan anak bongsunya, Aisha Amaira tidak mempunyai akaun Instagram yang dibuka oleh kedua ibu bapanya.

Sebaliknya Fasha menerusi Instagram memaklumkan, aktiviti anak-anak mereka hanya akan dikongsi di dalam media sosial Fasha dan Aidil sahaja.

“Assalamualaikum kesayangan ibu! Aisha Baru lepas mandi dan wangi! Aisha takde IG tau.

“Aisha terkejut ramai buatkan IG utk Aisha. Ibu tak buat IG untuk mana2 pun anak2 ibu sebab ayah tak izinkan.

“Jadi, gambar #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha semua dalam IG ibu je tau. Have a good day semua,” tulis Fasha.

Terdahulu, Fasha selamat melahirkan cahaya mata perempuannya itu pada 7 Ogos lalu.

Foto: Instagram Fasha Sandha

IKLAN